Wednesday, 11 April 2012

JAPAN : Tokyo, what to cover? PART 1

JAPAN : Tokyo, what to cover?

     Bandar Tokyo sgt la besar dan byk nak boleh tgk and cover. Tapi memandangkan kami ada masa yang singkat di Tokyo, jadi ni adalah short list apa yang wajib / best tuk pegi di Tokyo la. Sesiapa yang mempunyai masa yang singkat di Tokyo, boleh la ikot list ni, konsep stakat cecah kaki....

    Seperti biasa,bekalan tuna memang dah sedia dalam beg. memandangkan jepun ni mahal sgt barang makan nye, tuna la menjadi teman setia. Pepagi dah bangun, bersiap tuk pastikan dapat cover sebanyak mungkin bandar Tokyo memandangkan kami ada 2 hari jerk sini.


Apa nak cover di Tokyo ???

SENSOJI TEMPLE : 
    Kami stay di area Asakusa, jadi cover Asakusa  dula la.. Asakusa ni konon old Tokyo la.ala ala zaman Edo dulu.  Semua old building area2 ni. Tak pack mcm central Tokyo, even hostel yang murah2 pun are ni. Benda famous tuk cecah area ni adalah Sensoji Temple.


Fakta : Ni adalah Buddha temple yang paling lama di area Tokyo.Pernah dibom time WWII dah dibaikpulih. Berdekatan pintu masuk temple ni adalah tempat shopping area tuk barang sourvenir jepun dan ada jugak ancient garden yang berdekatan .spot tuk amik gambar la...


NAKAMISE MARKET :


Fakta : Terletak di area Asakusa berhadapan dgn gate nak masuk Sensoji temple. Tempat ni mmg khas la tuk sourvenir barang2 jepun. TApi harga kemain mahal lagi. Standart keychain bodoh2 pun nak dekat RM20, Ketuk giler! Tapi banyak choice la. tgk budah2 tadika jepun dtgsini bershopiing buka main lagi, penuh se-beg keychain, tapi ktorg tk xmampu nak beli satu pun,mahal kemain...if nak gambar cantik, gerakla awal pi tempat ni, kalau tak kemain penuh lagi org kat area ni bershopping mcam ulat taik, nak amek gambar pun susah. 

TOKYO TOWER:

  Dibina pada tahun 1958, sebuah menara tinjau dan komunikasi. Tower ni adalah tower kedua tertinggi di Jepun  dan mengambil inspirasi bentuk Effiel tower di Paris. Tower ni lagi tinggi dari tower paris beberapa meter dan lagi ringan berbanding effiel tower ( bangga org jepun dpt kalahkan teknologi stainless steel org perancis), Tower ni bertukar2 warna diwaktu mlm mengikut musi.. gerand sgt! Memandangkan ktorg ni tak der la hadap sgt nak naik tower ni, so xder la review baper Rm nak naik tower ni.... mcm tak penting kot nak naik, byk lagi twer free kat tokyo ni nak cover yang boleh tgk pemandangan bandar Tokyo. 



AKIHABARA : 
   Area ni adalah area electronik & manga city tuk Jepun. Macam2 la mak segala nenek barang2 elektrik jepun yang pelik2 yang dijual kat sini. Dari laptop nye, camera,computer, mp3, t.v, semua la segala manika bagai dijual. Pening, canggih sgt. huhu.. kat sini gak if bernasib baik boleh jumpe dak dak pompua comel2 pkai baju ala-ala manga. boleh tangka gambo dgn dorang tp mintak izin dulu la.. kekadang ader yang baget2 hot tu, xkasi, konon hot padahal gigi bersepah,bertindih siap..geram aku.. huuhu...




SHIBUYA : 
   Area ni ala-ala New York Times Sq la di Tokyo dan antara tempat paling buzy di Jepun. Yempat ni mmg heaven shopping esp kepada kaki kaki suping dan kaki fesyen. Tempat wajib tuk tgk kat area ni adalah shibuya crossing yang menjadi trademark tuk tokyo. Tips nya, if nak tgk live ke-buzi-an shibuya zebra crossing nya adalah dari view starbucks. dari strabucks, boleh tgk betapa ramai nya org di Tokyo melintas di crossing ni. mmg dashat la, mcm semut... huuu


  Shibuya ni tempat senan cari makan jugak. kat area sini, senang cari makanan halal since bnyak jerk pak pak arab yang bukak kedai halal kat area ni. yang menjadi tempat favourite aku adalah kedai kebab pak arab turki yang mcm setiap malam dok pegi shibuya ni tuk makan kebab dier. Nama kedai tak ingat, tapi landmark nya, kedai ni terletak betol2depan bangunan kedai H&M. seberang jalan H&M tu boleh la jumpe kedai kebab pak arab ni..... 

Standart harga kebab dalam 500Yen la (RM20)... ok la..antara makanan halal paling murah di Tokyo yang dijumpai...


SHINJUKU :


 Shinjuku adalah major commercial and administrative centre di Tokyo. Mostly bangunan pejabat-pejabat dan hotel2 meway (eg : Hilton Tokyo ) je banyak di area ni. Walaubagaimana pun tempat ni wajib cover jugak. Sbb kat sini ada beberapa building yang boleh naik free sampai ke puncak tuk tgk view Tokyo city dari atas bangunan pejabat ni. Antara nya ialah Tokyo Metropolitan Goverment Building.



   Sampai jerk di area Sinjuku, turs cari building ngope ini... dia ada dua menara. boleh naik dua dua, tp ada time dier la. Standart procedure, bratur dan di-cek beg, trus naik lif naik smp atas dan melihat keindahan bandar tokyo for FREE!!! ada jugak buiding gov lain yang menyediakan perkhidmatan percuma ni, tp building ni antara yang highly rekomen la... benda free, jgn ditolak, lagi lagi di Jepun, yang semua bnda pun mahal~!! huuu

Day and Night view dari Tokyo Metropolitan Gov Building.





TOKYO SKY TREE
  Juga dikenali sbg New Tokyo Tower. Terletak di area Asakusa dan akan dibuka pada May 2012. Bakal menjdi tallest tower dalam dunia ni mengalahkan Canton tower di China. tujuan org Jepun dok bina new tower ni relay tuk signal t.v and radio di Tokyo memandangkan Tokyo Tower yang lama terlalu pendek tuk dapat signal yang clear sbb udah di-overshadow oleh bangunan yang tinggi2 di sekeliling tokyo tower lama tu. Tower ni anti-gempa bumi gak la. ada earthquake damper dlm buiding ni mcm 101 taipei tower.. grand sgt.. huhu







abes Tokyo Part I , bersambung nnt Part II.................




by : 
















Saturday, 7 April 2012

INDIA: Train from Delhi to Agra


Train From New Delhi- Agra

Walaupun dah sewa kereta khas untuk sepanjang trip…tapi demi nak merasa pengalaman naik train dekat India…kami tempah khas trip perjalanan dari Delhi ke Agra menaiki keretapi…
Perjalanan yg mengambil masa 4 jam ni antara pengalaman  yg PALING BEST dekat India. Haha…serius tiap kali berjalan…mesti teringat adengan kelakar dalam train India. 
Keretapi merupakan pengangkutan yang PALING popular di india...kalo zaman gila filem hindustan dulu....kalo takde adengan dekat stesyen keretapi memang tak sah! Macam tak lengkap filem..haha.

Kuch Kuch Hota Hai


Masih terbayang bayang lagi adengan (Anjali) Kajol melepaskan selendang sewaktu melambai meninggal kan Rahul (shah rukh khan) di steyen keretapi dalam filem Kush Kush Ho Ta Hai...memang air mata mencurah curah macam air paip..bila tengok scene ni.


 Sedutan filem Kush Kush Hota Hai..tgk la..sob..sob







Stesyen Keretapi Hazrat Nizamudin

Aku pun tak pasti ini main train stesyen kat India ke... tapi serius ..Manusia penuh macam ulat taik...dengan kerenah masing masing...yg emak mengengdong anak....si bapak membawa hasil kebun macam akar2 kayu, ubi, rempah, yang bercinta bergesel geselan.. suasana hiruk pikuk dan sangat tidak terkawal..

.kami pula tercangak cangak,mencari platform untuk ke Agra... hairan, tak nampaak pula orang puteh ke atau muka muka pelancong asing kat sini.. biasa nya kalo berjalan, nampak orang putih yang kami gelar sebagai "bench mark" akan ada rasa perasaan lega sikit sebab ada pelancong lain selain kami... huhu
video
 Video: Stesyen keretapi Delhi.. kami ingat dah terlewat kejar train rupanya....train delay sampai sejam..punya la panic kejar train tadi huhu

banyak gila platform kat sini...menghala ke seluruh pelusuk india.
Tiket kami di gembar gemburkan sebagai tiket 1st class- ”air con” ”air con” bak kata pandejee...tapi setiap gerapak keretapi yang lalu, tidak menapakkan ciri ciri "1st class" yang seperti mana di gembar gemburkan.... terpikir jugak..kalau aircon tapi penuh orang dengan bau kepam..baik la bukak tingkap..kasi hangin satu gerabak.




Dalam rail keretapi ni macam tong sampah....suka hati la nak buang lampin anak ke....nasi bungkus ke...botol air..plastik sampah. Lepas tu...diorang akan melintas rail keretapi ni sesuka hati...pihak penguasa pun sekadar pandang dari jauh...tak larat nak tegur lagi.


Akhirnya setelah berejam jam menunggu....train kami pun tiba... setelah confirmkan dengan orang tempatan....kami pun naik terus dengan penuh yakin...


bila sampai kat dalam tempat sit kami, tengok...tempat duduk penuh...nak suruh orang bangun takut pulak..nanti kena ketuk dengan orang ramai kat situ..maklum la..ada kat negeri orang, nak tunjuk samseng..susah pulak.huhu





video

video
 tgk list name dalam train...macam tgk result exam pulak

Cubicle..

Aku panggil tempat duduk dalam train ni macam cubicle...setiap satu cubicle, sepatutnya menempatkan 4-6 org sahaja..yg berkongsi cubicle dengan kami adalah satu family dari mumbai yg melawat saudara di New delhi.. Family ni complete dengan mak, bapak, atok nenek, mak ngah, kak chik....haha semua himpit sekali dalam satu cubicle! Dengan kami sekali..tapi family ni peramah jugak...pandai cakap english...boleh la borak sikit sikit..sambil puji anak anak dia comel hihih.... mintak kebenaran family ni nak bergambar...semua exited pulak...amik posisi, betulkan rambut dan sari..macam nak amik gambar raya pulak.


Mak ngah riba kak chik, bapak meriba along, mak dukung angah, pak lang macam macho..berdiri kat koridor la... bagi sit tu dekat kami..
 masa ni baby...duduk lepak atas dengan nenek..klakar...tak jatuh plak budak ni
Nenek duduk mana??? Nenek duduk kat ATAS!! Tempat letak luggage atas bas tu!! Nenek kurus kering baring kat atas tu!! Cuba korang bayangkan!!

 Terbaikkk!! berposing dengan Pak Ngah India
Macam org malaysia jugak..kalo berjalan jauh mesti prepare betul2 kan....satu satu..bekal makanan di buka...ada pisang, papadom...yg best nyer....nasi campur air di ramas , genggam lumat lumat dengan gengeman mak, sambil terkeluar keluar nasi-air kat celah celah jari...lalu du suap ke mulut anak. Sedap kan! Yum...yum..

pemandangan di sepanjang jalan tak nampak menrik sangat..cermin tu pun sangat kotor, jadi tak clear pun..ada la sekali sekala nampak kampung kampung tepi jalan..dengan lembu kambing semua.

perjalanan selama 3 jam lebih.....tak la jauh sangat.....dan kami pun tiba di bandar ke 2

AGRA~



 Stesyen Keretapi Agra

Next: Namaste Taj Mahal




Thursday, 5 April 2012

INDIA: New Delhi


India day 2

Pandajee akan datang pada pkl 10 pagi utk city tour new delhi... Loser la kan ..kalo pkl 10 baru nk celik mata terkebil kebil tgk delhi.. Awal awal pagi lagi kami dah bangun nak lihat keaadaan di luar sana.

 "matahari dah tinggi atas kepala pun korang tido lagi, menantu tak guna betul la"

Hari sudah terang tetapi manusia ( ..dan lembu dan anjing) masih tido bergelimpangan di luar. Suasana tak ubah seperti bandar tinggalan perang... Bangunan separa runtuh dan terbiar seolah olah pekan yg tidak lagi di huni. Cuaca sudah mula panas.. Tetapi bahang itu tidak mampu mengejutkan manusia manusia di jalanan utk bangun. Kanak kanak bermain berkejaran... mereka memandang kami seperti spesis baru yg di temui atau pun potensi "mangsa" untuk kena tipu..” Ada mata yg memandang dgn penuh simpati ala ala kucing puss in boot. Tp pengalaman di cambodia.. Mengingatkan jangan mulakan.. Sebab sekali kita bagi.. Semua akan serbu... 1 dollar... 1 dollar

Tips: sedekah. Sememang nya kita di galakkan bersedekah. Tetapi buat baik berpada pada.. Jgn sampai kena copek!
Monyet antara penghuni yg berkongsi bandaraya delhi

Macam bangunan runtuhan perang kan?

bertanya arah pada Inspector Shahab 'Left right...straight"

Matlamat kami pagi ni nak cover area old delhi
Jabar masjid, chadni chowk, red ford. Cara yg termudah utk ke sana dengan menaiki train/lrt


Steten lrt/ komuter..


Stesyen ni di kawal ketat oleh pengawal seprti nak lepas kastam/ imigresion.. Sebelum naik, penumpang perlu melalui pengimbas besi/ bom.. Macam kat airport tu. Dasyat kan!  Padahal dekat kaunter lrt pun casher nak tipu.. bagi duit balance tak cukup..lepas dah kantoi menipu..buat muka slamber je

Tips: jangan lupa check balance duit betul betul.. ! Memang potensi nak kena tipu ada di mana mana!

Biasa la.. Bila nampak label label stesyen komuter (mcm kat london oxford street gitu) mesti nak bergambar kan. Tetiba tgh dok posing posing datang guard dgn cota... " no kamera.. No kamera"

Dia drg suruh delete pic.. Ala macam canteekkk sgt stesyen ko.

Tips: no camera/ photography at delhi train station!




Abang beca
Tiba di stesyen.. Matlamat kami nak ke jama masjid sebab tiap kali raya.. Mesti kat surat khabar/tv  tunjuk suasana sembahyang aidilfitri di jama masjid.

Tgh kami tercanguk canguk cr arah ke jama masjid.. Kami di sapa abang beca.
Setelah sesi tawar menawar yg x seberapa.. Dia bagi 10000 rupee utk satu trip..
 Termasuk jama masjid, red ford, dan spice market...

Tips: sebelum naik deal harga betul betul kalo tak nanti dia charge price lain bila dh nak turun.

Best jugak naik beca ni... Laju je sampai..

 pic sebelah kanan: dengan abang beca...nak terkentut2 bawak kami berdua yg berat ni









Jama masjid

Nak masuk masjid pun ada entry fee.. Adoi.. Dia charge 1000 rupee utk jaga kasut.. Kami ada beg.. Nk masuk dlm beg.. Tp dia tak bagi! Pastu setiap kamera dia nk charge 20000 rupee! Bayang kan la.. Dpn masjid pun nak ketuk.. . Kami pun bukan bodoh.. " 1 camera only" sambil simpan lg satu kemera dlm beg... Dah plan nanti senyap senyap keluarkan je la satu lg kamera.




Tips: sorok satu kamera.  tapi dah masuk.. Nmpak line clear boleh bwk keluar. Boleh di praktikkkan kat tmpt lain juga.. Mcm zoo, museum hehe..









Nak masuk masjid kena la tutup auratkan.. Jadi kena sarung kain pelikat.. Aku yg tak pernah2 pki kain pelikat kat mesia.. Pakai pulak kat india... Huhu..










 



kubah masjid dengan chandeliar....dicelah celah bumbung ada sarang burung

bapa mengajar anak berwuduk

Cantik masjid ni.. reka bentuk ala monghul. Dan bata merah ni .. Mmg typical bangunan india dulu dulu.. Dkt atas lantai penuh dgn taik burung merpati... Boleh ke semayang atas ni??

Pastu dia bawak kami gi spice and flower market.. Memang pekat bau rempah kari kat sini.. Tp nak bawak balik pun buat apa kan.. Bukan nak masak pun huhu. Bunga bunga yg di jual dekat sini untuk upacara keagamaan.. Macam bunga melur, bunga taik ayam.. Etc





red ford


Redford ni ala ala dataran merdeka la... Masa hari sambutan kemerdekaan dorg akan berarak kat depan ni la...
Red ford ini di bina oleh shah jahan ( org yg sama membina Taj Mahal) siap sepenuhnya pada tahun 1648.

Main entrance Lahore Gate (sebab menghala ke Lahore paskistan)

Harga Tiket: Rs 10 untuk local tourist dan Rs 250 untuk palancong asing!! Bayangkan tiket kami boleh cover tiket rombongan satu kampong!
Nak masuk kamera Rs 30
Dibuka setiap hari…tutup hari isnin

Di india ni kalau di perhatikan, org tempatan memang suka melawat tempat pelancongan di negara sendiri.. Ye lah entah entah dari goa ke, mumbai, datang dari jauh naik keretapi beratus ratus kilometer nak melwat new delhi. Untuk pelancong asing di tempatkan di lorong yg berbeza ( harga tiket pun 25 kali ganda !!) jadi macam fast lane la..tak payah nak berebut dgn pelancong tempatan.

... Kota ini merupakan kompleks yg lengkap umpama sebuah pekan kecil yg bertembok.. Di lengkapi dgn kedai kedai , masjid, dewan dan lain lain lagi.

Antara major buiding dalam ni adalah

Chatta chowk (bazaar) Susana di bahagian entrance red ford tidak ubah seperti kedai kedai di dalam filem aladin...

Tips: kat dalam ni ada jual sourvonier seperti beg manik, pasmina, seramik dan lain lain lagi. Harga amat berpatutan... Boleh beli kat sini.. Sbb tmpt lain belum tentu jumpa.

Diwan i am (nama pun Dewan kan) so ini adlah public hall la. 
Diwan I khas- (dewan untuk tetamu khas / VIP)
Khas Mahal- istana raja
Rang mahal- Istana Bini raja no 1
Muntaz Mahal- Jewel palace ...ni istana gundik gundik di raja..sekarang di jadikan muzeum
Dhawat Khana

Lotus temple aka Baha’ temple
video

Bangunan yg di bina pada tahun 1986 ini memiliki senireka yang unik iaitu berbentuk bunga teratai (36 kelopak).. Sebab itu la ia di kenali juga sbg lotus temple. Seperti juga taj mahal temple ini juga di bina dari marble putih.. Oleh itu warna nya juga sentiasa bertukar mengikut latar langit. Fakta yg agak mengejutkan.... Lotus temple telah memecah rekod Eifel Tower malah Taj Mahal sendiri sebagai bangunan yg PALING BANYAK DI KUNJUNGI di dunia! Dasyatkan...




Fahaman Baha’ ni pelik sikit..aku pun tak berapa nak faham...dan malas nak faham..nanti terpesong akidah pulak! Tapi konsepnya adalah...”mari kita bergabung di bawah satu bumbung menyembah tuhan masing masing..tanpa sebarang batasan”.
 Contohnya...org islam boleh sembahyang kat sini, org kristian boleh sembahyang...tetapi masing2 kena senyap2 buat hal masing masing...tak boleh bising2, nyanyi nyanyi.....
fahaman ini terbentuk setelah pengasasnya merasakan AGAMA yang berbeza merupakan punya utama ketidak stabilan politik dan sosisal, keamaanan di dunia. Oleh itu sekiranya semua orang mempunyai ”fahaman” yg sama...dunia akan lebih aman.







Seperti juga di redford.. Kami terpaksa beratur panjang utk masuk ke dalam... Walaupun cuaca panas terik membahang.. Pelancong pelancong tempatan,etap setiap menunggu di barisan panjang.

Memandangkan kesuntukan mada kami hanya sempat berkunjung ke muzeum ( itu pun sekali lintas je) lotus temple smpat bergambar dkt luar saja



Gandhi memorial


Selain tajmahal, ikon india yg paling di kenali adalah gandhi. Sempat berkunjung ke gandhi memorial menyusuri sejarah pejuangan negarawan yg di segani itu. Tapi masa tak banyak...cuaca panas sgt pulak tu...sekadar tengok dalam jengok apa2 yg ada.


India Gate




 Ini ala ala tugu negara ....design macam ciplak tugu kat paris..
Di bina sempena untuk memperingati askar askar yg terkorban masa perang duni pertama. Di bawah tugu ini ada ....api marak yg sentiasa menyala...melambangkan semangat askar askar yg tidak pernah padam. Takde entrance fee kat sini....free je..

Di sepanjang jalan menghala ke India gate ni ada kompleks2 kerajaan macam mahkamah, ofis presiden (macam putrajaya ) semasa dalam kerete...tiba tiba radio pasang lagu ”phir bir dil he Hindustani” memang lagu ni kami hafal..sebab masa tu zaman Bollywood tengah meletup....Mengelejat la..Pandegee bila tgk kami tau lagu ni! Haha


phir bi dil he hindustani


























Random Pic at Delhi