Showing posts with label tokyo. Show all posts
Showing posts with label tokyo. Show all posts

Wednesday, 11 April 2012

JAPAN : Tokyo, what to cover? PART 1

JAPAN : Tokyo, what to cover?

     Bandar Tokyo sgt la besar dan byk nak boleh tgk and cover. Tapi memandangkan kami ada masa yang singkat di Tokyo, jadi ni adalah short list apa yang wajib / best tuk pegi di Tokyo la. Sesiapa yang mempunyai masa yang singkat di Tokyo, boleh la ikot list ni, konsep stakat cecah kaki....

    Seperti biasa,bekalan tuna memang dah sedia dalam beg. memandangkan jepun ni mahal sgt barang makan nye, tuna la menjadi teman setia. Pepagi dah bangun, bersiap tuk pastikan dapat cover sebanyak mungkin bandar Tokyo memandangkan kami ada 2 hari jerk sini.


Apa nak cover di Tokyo ???

SENSOJI TEMPLE : 
    Kami stay di area Asakusa, jadi cover Asakusa  dula la.. Asakusa ni konon old Tokyo la.ala ala zaman Edo dulu.  Semua old building area2 ni. Tak pack mcm central Tokyo, even hostel yang murah2 pun are ni. Benda famous tuk cecah area ni adalah Sensoji Temple.


Fakta : Ni adalah Buddha temple yang paling lama di area Tokyo.Pernah dibom time WWII dah dibaikpulih. Berdekatan pintu masuk temple ni adalah tempat shopping area tuk barang sourvenir jepun dan ada jugak ancient garden yang berdekatan .spot tuk amik gambar la...


NAKAMISE MARKET :


Fakta : Terletak di area Asakusa berhadapan dgn gate nak masuk Sensoji temple. Tempat ni mmg khas la tuk sourvenir barang2 jepun. TApi harga kemain mahal lagi. Standart keychain bodoh2 pun nak dekat RM20, Ketuk giler! Tapi banyak choice la. tgk budah2 tadika jepun dtgsini bershopiing buka main lagi, penuh se-beg keychain, tapi ktorg tk xmampu nak beli satu pun,mahal kemain...if nak gambar cantik, gerakla awal pi tempat ni, kalau tak kemain penuh lagi org kat area ni bershopping mcam ulat taik, nak amek gambar pun susah. 

TOKYO TOWER:

  Dibina pada tahun 1958, sebuah menara tinjau dan komunikasi. Tower ni adalah tower kedua tertinggi di Jepun  dan mengambil inspirasi bentuk Effiel tower di Paris. Tower ni lagi tinggi dari tower paris beberapa meter dan lagi ringan berbanding effiel tower ( bangga org jepun dpt kalahkan teknologi stainless steel org perancis), Tower ni bertukar2 warna diwaktu mlm mengikut musi.. gerand sgt! Memandangkan ktorg ni tak der la hadap sgt nak naik tower ni, so xder la review baper Rm nak naik tower ni.... mcm tak penting kot nak naik, byk lagi twer free kat tokyo ni nak cover yang boleh tgk pemandangan bandar Tokyo. 



AKIHABARA : 
   Area ni adalah area electronik & manga city tuk Jepun. Macam2 la mak segala nenek barang2 elektrik jepun yang pelik2 yang dijual kat sini. Dari laptop nye, camera,computer, mp3, t.v, semua la segala manika bagai dijual. Pening, canggih sgt. huhu.. kat sini gak if bernasib baik boleh jumpe dak dak pompua comel2 pkai baju ala-ala manga. boleh tangka gambo dgn dorang tp mintak izin dulu la.. kekadang ader yang baget2 hot tu, xkasi, konon hot padahal gigi bersepah,bertindih siap..geram aku.. huuhu...




SHIBUYA : 
   Area ni ala-ala New York Times Sq la di Tokyo dan antara tempat paling buzy di Jepun. Yempat ni mmg heaven shopping esp kepada kaki kaki suping dan kaki fesyen. Tempat wajib tuk tgk kat area ni adalah shibuya crossing yang menjadi trademark tuk tokyo. Tips nya, if nak tgk live ke-buzi-an shibuya zebra crossing nya adalah dari view starbucks. dari strabucks, boleh tgk betapa ramai nya org di Tokyo melintas di crossing ni. mmg dashat la, mcm semut... huuu


  Shibuya ni tempat senan cari makan jugak. kat area sini, senang cari makanan halal since bnyak jerk pak pak arab yang bukak kedai halal kat area ni. yang menjadi tempat favourite aku adalah kedai kebab pak arab turki yang mcm setiap malam dok pegi shibuya ni tuk makan kebab dier. Nama kedai tak ingat, tapi landmark nya, kedai ni terletak betol2depan bangunan kedai H&M. seberang jalan H&M tu boleh la jumpe kedai kebab pak arab ni..... 

Standart harga kebab dalam 500Yen la (RM20)... ok la..antara makanan halal paling murah di Tokyo yang dijumpai...


SHINJUKU :


 Shinjuku adalah major commercial and administrative centre di Tokyo. Mostly bangunan pejabat-pejabat dan hotel2 meway (eg : Hilton Tokyo ) je banyak di area ni. Walaubagaimana pun tempat ni wajib cover jugak. Sbb kat sini ada beberapa building yang boleh naik free sampai ke puncak tuk tgk view Tokyo city dari atas bangunan pejabat ni. Antara nya ialah Tokyo Metropolitan Goverment Building.



   Sampai jerk di area Sinjuku, turs cari building ngope ini... dia ada dua menara. boleh naik dua dua, tp ada time dier la. Standart procedure, bratur dan di-cek beg, trus naik lif naik smp atas dan melihat keindahan bandar tokyo for FREE!!! ada jugak buiding gov lain yang menyediakan perkhidmatan percuma ni, tp building ni antara yang highly rekomen la... benda free, jgn ditolak, lagi lagi di Jepun, yang semua bnda pun mahal~!! huuu

Day and Night view dari Tokyo Metropolitan Gov Building.





TOKYO SKY TREE
  Juga dikenali sbg New Tokyo Tower. Terletak di area Asakusa dan akan dibuka pada May 2012. Bakal menjdi tallest tower dalam dunia ni mengalahkan Canton tower di China. tujuan org Jepun dok bina new tower ni relay tuk signal t.v and radio di Tokyo memandangkan Tokyo Tower yang lama terlalu pendek tuk dapat signal yang clear sbb udah di-overshadow oleh bangunan yang tinggi2 di sekeliling tokyo tower lama tu. Tower ni anti-gempa bumi gak la. ada earthquake damper dlm buiding ni mcm 101 taipei tower.. grand sgt.. huhu







abes Tokyo Part I , bersambung nnt Part II.................




by : 
















Friday, 23 March 2012

JAPAN : Tsukiji market



Tsukiji market

tsukiji market kini telah menjadi highlight utama dalam kebanyakan travel review untuk tokyo guide. apa yang istimewa sangat pasar ikan ni..sampai semua org berebut rebut nak masuk??? takat pasar ikan...pasar borong selayang pun ada.. tak pun pasar tani, kami ke sana untuk mencari jawapan nya! Wohoo!

tsukiji market ni merupakan pasar borong ikan terbesar di jepun dan di dunia! terletak di tengah tengah kota metropolitan ini.. pasar tsukiji market menjadi popular dikalangan pelancong kerana keunikan acara melelong ikan tuna. pasar borong ni menjual ikan sekecik kecik ikan bilis, barang runcit sehinggalah ikan tuna 300 kg! dan ikan paus spesis terancam.

dulu, semua orang oleh berkunjung ke sini sesuka hati..sehingga menyebabkan kesesakan luar biasa pasar ini dengan pelancong...
 acara borong ikan tuna pula dah jadi macam acara karpet merah ....penuh dengan pelancong yang lalu lalang dan cahaya flash kamera sehingga menyebabkan pihak pengurusan tsukiji market menetapkan bilangan kuota tertentu untuk pelancong setiap hari..pada setiap hari hanya 150 orang pertama di benarkan untuk menyertai acara lelong ini. oleh itu, hanya yan paling kiasu dan paling cepat akan mendapat tempat..

waktu urusniaga
pasar ini..mula sibuk sejak pkl 3 pagi..namun acara kemuncak lelongan ikan tuna bermula pukul 5 pagi. kebayakan pembeli merupakann chef2 dan owner restaurant shushi terkemuka .Hanya ikan tuna berkualiti dan terpilih di gunakan untuk menghasilkan shushi2 yg berkualiti tinggi.

sebelum pergi..lebih baik check jadual/schedule pasar ikan ni...ada hari2 tertentu..pasar ni di tutup kepada pengunjung,

lokasi
pasar ini terletak di stesyen Tsukijishijo Station di Toei oei line. memandangkan hostel kami terletak di area asakusa- kuramae...adalah mustahil untuk berjalan kaki di pagi pagi buta untuk ke sini. oleh itu pilihan yang ada hanya lah dengan menaiki train. train pertama bergerak pukul 5 pagi...( acara lelong ikan pun mula 5 pagi!)


nak tak nak...kami terpaksa gamble jugak. Pagi pagi...tak payah lap taik mata..terus berlari ke stesyen metro.. jantung punya la berdebar sebab takut orang dah penuh macam disneyland. Setiap penumpang di dalam metro di anggap sebagai musuh yang berpotensi menjadi pesaing untuk merebut kuoata 150 pengunjung pertama! sampai je stesyen tsukijishijo ..kami terus berlari tercungap cungap mengikut sign board menghala ke pasar ikan... berjaya juga potong 2-3 org pelancong yang jalan terkedek kedek huhu..


Seperti biasa..walaupun dah mengikut peta...waktu waktu kritikal ni pulak nak sesat dalam pasar ikan! lori lori ikan dah penuh bersimpang siul kat sini.
Buat muka tebal..kami terpaksa tanya direction dekat pemandu lori ikan.mamat jepun tu cuba sebaik mungkin untuk explain direction..tapi apakan daya..dah nama pun ayam dengan itik...memang susah la nak tolong!
last last dia offer naik lori ikan dia. tak sangka..dapat pakej lengkap, siap naik lorry ikan dekat jepun... lory ikan tu kecik je... macam motorsikal tapi ada extension kat belakang..kami bertiga naik berhimpit himpit sambit terpaksa jaga kotak kotak ikan..takut terbalik pula, tak pasal pasal mamat jepun hensem tu kena pecat!

jantung terus berdegup kencang ...akhirnya berjaya juga sampai ke tempat visitor center..kami adalah pengujung ke 71!! wohoo...berjaya !

di beri penerangan ringkas mengenai pasar ini...dan peraturan yang mesti di patuhi semasa melawat tempat ini... berulangkali di beri amaran...ini bukankawasan pelancongan..oleh itu pengunjung di sarankan untuk mematuhi segala peraturan yg telah di tetapkan.


antara peraturannya adalah.
1. dilarang menggunakan kamera ber flash
2. ikut barisan dan kumpulan.
3. pengunjung wajib memakai jakat keselamatan khas.
4. tidak di benarkan keluar dari kawasan yg di tetapkan.
5. masa yg di peruntukkan hanya 15 minit untuk setiap sesi.

Proses lelongan ikan tuna


  1. semua ikan ikan tuna yang sebesar dugong di susun mengikut kod.
  2. pembida akan menggunakan sebilah pisau khas untuk melihat isi ikan tuna tu.. tak tau la apa kriteria yang di lihat..mungkin tengok texture ikan tuna tu.
  3. pembida akan mencatatkan kod kod ikan yg ingin di beli
  4. seorang host akan duduk di hadapan, berdiri di atas kotak kayu…sambil memulakan proses lelongan….
  5. Pembeli pembeli..akan angkat tangan membida harga ikan yg ingin di beli..
  6. Entah apa yg diorang membebel...dalam 5-10 minit...sesi lelongan berakhir...ikan ikan di tanda mengikut kod pembeli masing masing....dan di bawa keluar untuk packing.

Shushi

antara benda yg paling sinonim dengan jepun adalah Shushi...selepas sesi lelongan ikan tuna..adalah suatu kewajipan untuk pengunjung menikmati sarapan shushi di pasar ikan tersebut..dengan ikan ikan yg fresh dari laut...

terkena la jugak kami...breakfast shushi RM 80 hinggit!! gulp..
arah pusingan jam.1. awal awal lagi sebelum subuh lagi dah berkejar ke pasar ikan. 2. harga berus sabut pun 525 yen! (lebih kurang rm20) 3. Ini la lorry ikan yg kitaorang tumpang..comelkan! 4. harga harga barang runcit yg mahal gila



Tuesday, 20 March 2012

JAPAN : Disneysea



Japan Disney sea??? Ramai yg tak pernah dengarkan pasal disney sea....kalau disney land tu memang la dah popular...terutamanya Disney land Tokyo yang merupakan Disneyland Asia yang pertama di rantau ini. Berkunjung ke Disneyland merupakan impian semua kanak kanak di muka bumi ini....dulu pun,masa aku kecik kecik, tiap kali orang tanya tempat mana yang ingin di kunjungi, terus laju akau memberi jawapan “DISNEYLAND”

Disneyland Vs Disneysea

Sebelum pergi ke Jepun lagi kita orang dah di dalam dilema sama ada nak pegi Disneyland atau Disneysea...ada peruntukan sehari je utk Disneysea/disneyland...takkan la gi Jepun gambar dekat taman tema je kan..memandangkan Disneysea merupakan satu satunya “disneysea” di dunia...dan eksklusif di Jepun sahaja..dan sebab dah pernah pegi Disneyland kat Hongkong....jadi kami pun sebulat suara ..memilih DISNEY SEA!


Disneysea

Perbezaan disneysea...adalah konsep taman tema ni lebih berunsur character2 kat laut dan lebih berunsur adventure la konon nya berbanding disneyland... (nama pun SEA=laut  kan) . Konsep dan permainan kat situ lebih “dewasa” dengan permainan permainan yg lebih mencabar gitu.

Lepas tu..kalo kat Disney sea ni tak berapa banyak sangat la sesi bertemu charactor Disney....jarang la nak nak nampak Mickey, Donald Duck tertongek tonggek kat DS ni....sesi bergambar tergedik gedik dengan Minie Mouse pun kurang...ada la sekali dua nampak chimpmunk berdedai dedai...tu pun penuh kena kerumun dengan minah minah Jepun. Melambai je la dari jauh~

Harga tiket sama je...lebih kurang RM 250 hinggit.....(standard la..mana2 Disney lang ghege lebih kurang macam ni. Lokasi dia....sama je...sebelah sebelah je...turun stesyen yg sama...bila dah sampai...pilih la entrance mana yg nak. (kan senang kalo boleh masuk dua dua!)

Fakta menarik DISNEYSEA
1.Di buka pada 4 september 2001 tahun lepas dorg celebrate ulang tahun ke 10
2. taman tema ke 5 paling banyak di lawati di dunia
3. kos pembinaan USD 4 billion!
4. taman tema terpantas mencecah 10 juta pengunjung
5. merupakan satu satunya taman tema “disney” yg tidak di miliki oleh The Walt Disney Company
6. Konsep asal di cedok dari taman Tema dekat California-DisneySeas (tapi tak jadi buat sebab tak cukup budget)

Pagi pagi...dah siap , macam biasa....buat sandwich...pack pack masuk dalam beg..berlari ke stesyen. Kitaorang pegi hari Jumaat.. (konon nya tak ramai orang la hari weekdays) tapi.....hakikatnya....ado!

Sampai sampai je...sebenarnya dah agak lambat...orang dah berduyun duyun beratur...(dalam hati menyumpah), orang Jepun ni tak pernah pegi ke? tak payah pegi sekolah ke?? Kita ni datang beribu ribu KM merentas lautan semata mata nk pegi Disneysea..korang nak menyempit juga..huhu

Tiket dari stesyen utama ke disneyland/sea entrance ...dengan perjalanan tak sampai 5 minit berharga 20 ringgit! Gulp...mahal gila kan. Padahal...castle Disnyland dah nampak..dari stesyen tu..baling batu pun sampai,terkena kat crown Princess!


Petanda buruk....lautan manusia dengan pelbagai ragam....masing masing dengan props topi,  baju mickey bagai...orang Jepun bab Fesyen Bombastik memang No 1...dari jauh nampak cantik, comel bukan main...tp dari dekat muka berjagat
Dalam beg penuh dengan stok sandwitch tuna n daging rendang...berdebar kalo beg kena check dan makanan di rampas! Macam biasa...makanan..bulut bulut...masuk hujung hujung dalam beg. Fuuhhhhh..nasib baik terlepas! Yeah..

Masuk masuk je...ada pancaragam dengan chimpunk berjoget joget! Terus exited! Wohooo~~

Masuk dalam pukul 10 pagi..macam biasa, pasang strategi....susun nak aim tengok show dan main mana yg nampak grand...
Dengan manusia berduyun2 macam ni tak mungkin dapat naik semua ride and tengok show....so just plan naik/ tgk show yg perlu sahaja.
mengikut arah pusingan jam: 1, Volcano  2. Chimpmunk melambai lambai~ 3. Logo sambutan 10 tahun disneysea

Mula2....pitu masuk terus jumpa Mediterranean Harbor, yang menghubungkan kita dengan 6 tema lagi, iaitu : American Waterfront, Lost River Delta, Port Discovery, Mermaid Lagoon, Arabian Coast dan Mysterious Island. Main highlight kat Disney sea adalah gunung berapi...berhadapan dengan tasik.. sekali sekala…akan kedengaran, gunung berapi meletup kebabooomm. Siap dengan lahar lahar meleleh dan asap berkepul. Grand sangat!

Ini adalah list tema dan permainan/attaraction yg ada.. (yang ada bintang..adalah ride yg sempat kami naik)


Mediterranen Harbor

    Venetian Gondola
    Fortress Explorations
    The Legend of Myhtica*
    BraviSEAmo
    Meet and Smile*

American Waterfront

    Big City Vehicles
    Tower of Terror*
    Big Band Beat*
    Over the Waves
    Donald's Boat Builder

Lost River Delta

    Indiana Jones Adventure : Temple of the Chrystal Skull
    DisneySea Steamer Line
    Raging Spirits
Mystic Rythm *
Port Discovery

    StromRider*
    DisneySea Electric Railway
    Aquatopia

Mermaid Lagoon

    Flouder's Flying Fish Coaster
    Scuttle's Scooters
    Ariel's Greeting Grotto
    Mermaid Lagoon Theatre*
    Jumpin' Jellyfish
    Blowfish Baloon Race
    The Whirlpool*
    Ariel's Playground

Arabian Coast

    Sinbad's Seven Voyage
    Caravan Carousel
    The Magic Lamp Theatre*

Mysterious Island

    20,000 Leagues Under the Sea
    Journey to the Center of the Earth*


Rasanya…bayar tiket mahal2 banyak di habiskan dengan beratur je….nak naik ride tower of terror contohnya..kena beratur dekat 1-2 jam…beratur kat luar, dah masuk dalam pun kena beratur lagi!! Pengsan ~

Tower of Terror

Dalam tower of terror ni ada la..intro cerita pasal game ni. Towe of terror ni adalah nama hotel kat New York, pada tahun 1912, owner hotel ini hilang secara misteri …tapi cakap bahasa jepun…buat buat faham je la…konsep permainan ni sama dgn shuttle space kat Genting …Cuma ada effect gempak sikit la..konon konon, tengah naik lif dalam bangunan tu..tetiba terlepas jatuh….menjerit jerit la kami, vocal mengalahkan org2 jepun..haha.



Pastu…sambil jalan ke tema seterusnya…macam biasa la.bergambar snap…snap sana sini…maklum la bukan senang nak sampai!


Big Band Beat

Lepas penat menjerit jerit….masa untuk tengok show pulak…
Show ala ala istana budaya dengan konsep…Hollywood/cabaret… penyanyi dan penari..kebanyakan nya orang puti. (supaya nampak la international sikit) ada la celah celah kat belakang belakang muka org asia..
Show ni ada mickey, minie, daisy buat performance. cute! 

Storm Rider
Haha…permainan ni buat aku tergelak…bunyi macam gempak…storm rider! Beratur macam biasa la…panjang jugak.. permainan ni konon nya kita jadi ahli pasukan memecah angina taufan…sebelum naik, kapten konon nya..bagi la arahan dan misi pasukan hari ni.

Actually, game ni…macam duduk dalam panggung wayang yg ada kipas besar…pecik percik air sikit…dengan bunyi meletup letup… animasi nya macam back dated sikit..zaman skrang org dah guna 3d...rasa macam bodoh je game ni..haha buang masa.

Perut dah lapat..kami cari pot pot strategic untuk makan…masing2 dah kebulur…macam ikan tilapia..makan sandwitch. Nyam nyam

Journey to the Center of the Earth*
Konon nya..game ni yg paling best kat Disneysea ni ...basically, naik train/ roller coster dalam gunung berapi tu... kat luar nampak tak ramai yg beratur…rupa rupanya kat dalam…melingkar lingkar macam ular sawa 360 degree..orang beratur! Dekat 2 jam jugak beratur nak nain ride ni…

Hasil nya…….drum roll…..ADO!
Mula mula dah macam grand...naik lift pegi tingkat atas..dengan props dan sound effect yg gempak.... rupa rupanya...sekadar naik train...pastu, kat kiri kanan ada robot makhluk aneh (yang dah berhabuk!) bergerak gerak.. sebelum ride tamat..ada la monster besar...kasi takut....(pura pura la jerit...aaaa...aaa...aaaa..)...pastu train tu terus bergerak laju..dan terjun menjunam.. TAMAT. Dalam hati....haaa??? itu je KERRR??

Bila habis game ni...dah masuk petang.banyak lagi belum cover... maka berlari la berdedai dedai ke theme seterusnya.. Lost River Delta
gambar water parade kat Disney sea..aku lebih suka parade kat disneyland...lebih mesra pegunjung

Banyak jugak, game menarik kat sini...tapi macam biasa..beratur panjang gila...tak sanggup nak habiskan masa dan melenguhkan lutut dengan beratur lagi...jadi kami buat keputusan...skip game2 tu...cukup la sekadar amik gambar snapp..snapp dah.

Mystic Rhythms
Show ni aku rasa paling best kat Disneysea…berkonsepkan alam semula jadi, binatang binatang macam buaya, harimau, rama rama menari nari..memang aku suka sangat ni! Konsep pun ala ala Puteri Gunung Ledang The Musikal….ada dewi hutan terbang terbang…memang best! Part akhir ada adengan hujan dan rebut tu best…ada la terenjis rejis sikit air hujan kat muka.

Dah habis show ni..kat luar dah nak gelap..maka BERLARI lah menuju ke theme seterusnya.. Arabian Coast & Mermaid Lagoon..

Kat Arabia coast pun kami tengok show saja

The Magic Lamp Theatre
Berkonsepkan aladin…tapi cakap jepun…show ni aku terlelap sekejap, sebab panjang sgt mukadimah nyer (cakap bahasa jepun) persembahan ni... menggunakan ahli silap mata..macam biasa la…magic yg di gunakan…macam selalu tunjuk kat sarkas.

Mermaid lagoon…tak sempat buat apa sangat….kat dalam ni permainan untuk budak budak je…takde ride ride yg mencabar pun..

Persembahan penutup…

Kalo dekat Disneyland…persembahan bunga api penutup merupakan upacara yg paling di nanti nanti oleh setiap pengunjung…
Sama jugak di Disney sea…semua orang berhimpun depan tasik buatan itu…untuk menyaksikan persembaha istimewa sempena ulang tahun ke 10 Disneysea—FANTAMAGIC..
Menggunakan Konsep AIR-CAHAYA-BUNYI…
Persembahan yg mengambil masa 20 minit ni…memang gempak! Kemuncak persembahan…ada naga keluar (dari filem Sleeping Beauty) siap keluar api..api dari mulut…dan lepas di musnahkan…keluar lah..bunga api meletup letup..boomm…kebabomm.










Monday, 12 March 2012

JAPAN : Tokyo Intro

Masa : Winter , January 2012
Tempat : Tokyo - Yokohama - DisneySea - Nikko , JAPAN
Baget : All-in RM 3000-3500 (tidak tmasuk flight tix)
Visa : Needed for Malaysian

VISA 
       
     Semua org pun tau yg nak pegi jepun sgt la susah dan mahal. Tapi kalau pandai baget, mmg murah, lagi murah dari pegi Europe. Kena plan betol2 la, semua segi kena pikir kalau nak pegi baget / backpaking style, esp transportation, hostel, and tempt yang nak dicover la. so kat sini, aku nak share la dgn korang, mcm mane nak plan baget Japan trip. 

     Sebelum pegi - untuk Malaysian, pihak kerajaan jepun meminta kita untuk mendapatkan Visa sebelum berangkat ke Jepun. Yang tinggal kat KL, Visa Jepun boleh buat kat embassy Jepun, Jalan Stonor, Off Jalan Tun Razak, depan Bombay Palace Restaurant.  (http://www.my.emb-japan.go.jp/English/about_us.htm) . Borang2 yg perlu :

1) Valid passort
2) Borang Visa
3) Gambar Visa Jepun 
4) Itenerary di Jepun ( korang reka jer, tapi yg betol2 la, jgn la nampak sgt menipu)
5) Surat dari majikan
6) Bank Statement ( if pegi seminggu dlm akaun nak kena ader rm5k-6k la , if xder duit sbyk tu time apply visa, korang pinjam la duit kengkawan just tuk penuhkan akaun n print statement, pastu pulangkan la duit tu kepada sesiape berkenaan )


HOSTEL

     Konsep hostel adalah basic, backpaking hostel la generally. Jimat, lagipun stakat buat tempat tido jerk kot, xpayah l nak grand2 sgt. Hostel di tokyo sgt2 la mahal especially central area, so if nak murah, boleh cari area sub-Tokyo sikit, xder la jauh sgt, tp accessible la via train. Dulu aku pi, duduk area Asakusa, old-tokyo, tp ok jerk, area ni murah sikit and tenang.

a)  Taito Ryokan, Asakusa ( http://www.libertyhouse.gr.jp/ ) 

Konsep : Ryokan hostel la, tido atas lantai tatami beralaskan tilam ala2 Doraemon. selesa je!
Harga : RM120 (3000 Yen)  / pax / night ( ni pun dikira murah , average hostel di Tokyo dlm RM150-RM200
Owner : Baik and friendly! 
Review :Sangat ok! Tandas bersih, overall , puas ati..location sgt ok. a few mins walk ader family mart and train Tawaramachi station ( Ginza Line) .





b)  K's House Backpackers Hostel, Asakusa   (http://kshouse.jp/index_e.html ) 

Konsep : Backpackers hostel, tempat untuk make friends with others backpackers and tanya tips- tips dari     yang lain mane tempat yg worth to go. 
Harga : Depends, range dlm Rm120 - 180 / pax / night 
Owner : staff very friendly and pandai cakap english, proper and sgt ok stay dekat sini.
Review : Bilik ok, selesa,tapi since tempat ni popular among backpackers, so, tmpat ni sentiasa penuh dgn penghuni especially dkt area ruang tamunya, tp ok la just mix and buat kawan. Dekat dgn station  Kuramae ( Oedo Line ) and Asakusa Station. Berdekatan dgn McD and 7eleven. 




       

TRANSPORTATION 

   Untuk transportation di Tokyo, sesiapa yang stakat stay and jalan2 di area Tokyo. xpayah la amik JR pass yang harga mahal tu (almost RM1000, tapo boleh naik unlimited train +  JR bullet train seluruh Jepun). Berbaloi beli kalau nak cover selain Tokyo ( eg : Osaka, Kyoto, etc ). Train line di Tokyo sgt eficient, and mostly boleh dicover guna train sahaja. Train di Tokyo secara general ader banyak line. Tapi nak senang, pikir mcm ni la, (yg cover area2 tokyo main attractions ,ader byk dan boleh pening actly, ni ringkasan agar senang paham , basic orientation la) 

A) Subways - ader dua jenis 
     (i) Toei subways ( ader 4 lines)
     (ii) Tokyo Metro ( ader 9 lines) 
 * both lines interconnected and cover mostly central Tokyo

B) Japan Rail ( JR line) 
  JR line ni bagi aku, dikira mahal sikit la fare nye berbanding subways, tapi JR rail ni connect Tokyo with metropolis' outer regions and surrounding prefectures. And sesape yg beli unlimited JR pass tu, boleh la   naik JR line ni unlimited. JR Yamanote Line adalah line JR yg baru untuk ke Odaiba area. 

Review : So, tips nyer, sesape yg nak cover area Tokyo je, boleh naik Subways jer, nak jimat xpayah guna JR rail sbb agak mahal sedikit. Contoh : most Subways cover kebanyakan area, tp if sesape yg nak pegi area Harajuku contohnye, hanya JR tran saje pegi Harajuku. so, if nak jimat, naik jer subways and berhenti di Shibuya and jalan kaki ke Harajuku, dekat jerk, xsampai 5mins. So, dari situ boleh jimat naik subway je dari naik JR train ke Harajuku. 


Tokyo Subway Map - pening tak ?????
(http://www.livingasian.com/wp-content/uploads/2007/07/tokyometro.jpg)




Special tickets
 
Ada dua jenis ;

(i) Prepaid cards - macam touch n' go. Senang guna, boleh guna untuk di family mart, atau 7eleven seluruh Tokyo, so xpayah gadoh2 and carik duit syiling ke ape nak beli brang, tap jerk kad ni, asalkan ader kreditnye didalam kad ni. Konsep, mmg sebijik mcm touch n' go Malaysia. Ader dua jenis jugak;

  (a) Suica Card - boleh digunakan untk semua bus, subways, trains di area Tokyo, TERMASUK JR  trains (east) and certain luar Tokyo region


 (b) Pasmo card - hanya tuk subway and train other than JR line. Boleh jugak tuk certain JR line jugak rasenye la. huhu... Xsure sgt card ni sb xguna card ni


Review :  both bukan untuk Shinkansen (bullet train) . tapi if nak senang beli jerk Suica Card sbb card n cover lagi banyak bnda.


(ii) Daily pass -  ader mcm2 jenis, tp yg aku guna ialah yg Toei and Tokyo-Metro One day pass ( 1000 yen dalam RM40). Tix ni unlimited day  pass untuk Toei and Tokyo Metro Subways. ader jugak daily pass yang cover sekali JR lines train tapi mahal sikit. Tapi mcm aku bagitau tadi, kalau stakat dalam central tokyo, amik subway lines pun dah berbaloi, tak payah yang cover JR lines skali. boleh jimat.

KESIMPULANNYA : Kalau nak cover area Tokyo and main attractions, baik amik daily pass je  dari amik prepaid card. Lagi jimat!!


by ,