Tuesday 20 March 2012

JAPAN : Disneysea



Japan Disney sea??? Ramai yg tak pernah dengarkan pasal disney sea....kalau disney land tu memang la dah popular...terutamanya Disney land Tokyo yang merupakan Disneyland Asia yang pertama di rantau ini. Berkunjung ke Disneyland merupakan impian semua kanak kanak di muka bumi ini....dulu pun,masa aku kecik kecik, tiap kali orang tanya tempat mana yang ingin di kunjungi, terus laju akau memberi jawapan “DISNEYLAND”

Disneyland Vs Disneysea

Sebelum pergi ke Jepun lagi kita orang dah di dalam dilema sama ada nak pegi Disneyland atau Disneysea...ada peruntukan sehari je utk Disneysea/disneyland...takkan la gi Jepun gambar dekat taman tema je kan..memandangkan Disneysea merupakan satu satunya “disneysea” di dunia...dan eksklusif di Jepun sahaja..dan sebab dah pernah pegi Disneyland kat Hongkong....jadi kami pun sebulat suara ..memilih DISNEY SEA!


Disneysea

Perbezaan disneysea...adalah konsep taman tema ni lebih berunsur character2 kat laut dan lebih berunsur adventure la konon nya berbanding disneyland... (nama pun SEA=laut  kan) . Konsep dan permainan kat situ lebih “dewasa” dengan permainan permainan yg lebih mencabar gitu.

Lepas tu..kalo kat Disney sea ni tak berapa banyak sangat la sesi bertemu charactor Disney....jarang la nak nak nampak Mickey, Donald Duck tertongek tonggek kat DS ni....sesi bergambar tergedik gedik dengan Minie Mouse pun kurang...ada la sekali dua nampak chimpmunk berdedai dedai...tu pun penuh kena kerumun dengan minah minah Jepun. Melambai je la dari jauh~

Harga tiket sama je...lebih kurang RM 250 hinggit.....(standard la..mana2 Disney lang ghege lebih kurang macam ni. Lokasi dia....sama je...sebelah sebelah je...turun stesyen yg sama...bila dah sampai...pilih la entrance mana yg nak. (kan senang kalo boleh masuk dua dua!)

Fakta menarik DISNEYSEA
1.Di buka pada 4 september 2001 tahun lepas dorg celebrate ulang tahun ke 10
2. taman tema ke 5 paling banyak di lawati di dunia
3. kos pembinaan USD 4 billion!
4. taman tema terpantas mencecah 10 juta pengunjung
5. merupakan satu satunya taman tema “disney” yg tidak di miliki oleh The Walt Disney Company
6. Konsep asal di cedok dari taman Tema dekat California-DisneySeas (tapi tak jadi buat sebab tak cukup budget)

Pagi pagi...dah siap , macam biasa....buat sandwich...pack pack masuk dalam beg..berlari ke stesyen. Kitaorang pegi hari Jumaat.. (konon nya tak ramai orang la hari weekdays) tapi.....hakikatnya....ado!

Sampai sampai je...sebenarnya dah agak lambat...orang dah berduyun duyun beratur...(dalam hati menyumpah), orang Jepun ni tak pernah pegi ke? tak payah pegi sekolah ke?? Kita ni datang beribu ribu KM merentas lautan semata mata nk pegi Disneysea..korang nak menyempit juga..huhu

Tiket dari stesyen utama ke disneyland/sea entrance ...dengan perjalanan tak sampai 5 minit berharga 20 ringgit! Gulp...mahal gila kan. Padahal...castle Disnyland dah nampak..dari stesyen tu..baling batu pun sampai,terkena kat crown Princess!


Petanda buruk....lautan manusia dengan pelbagai ragam....masing masing dengan props topi,  baju mickey bagai...orang Jepun bab Fesyen Bombastik memang No 1...dari jauh nampak cantik, comel bukan main...tp dari dekat muka berjagat
Dalam beg penuh dengan stok sandwitch tuna n daging rendang...berdebar kalo beg kena check dan makanan di rampas! Macam biasa...makanan..bulut bulut...masuk hujung hujung dalam beg. Fuuhhhhh..nasib baik terlepas! Yeah..

Masuk masuk je...ada pancaragam dengan chimpunk berjoget joget! Terus exited! Wohooo~~

Masuk dalam pukul 10 pagi..macam biasa, pasang strategi....susun nak aim tengok show dan main mana yg nampak grand...
Dengan manusia berduyun2 macam ni tak mungkin dapat naik semua ride and tengok show....so just plan naik/ tgk show yg perlu sahaja.
mengikut arah pusingan jam: 1, Volcano  2. Chimpmunk melambai lambai~ 3. Logo sambutan 10 tahun disneysea

Mula2....pitu masuk terus jumpa Mediterranean Harbor, yang menghubungkan kita dengan 6 tema lagi, iaitu : American Waterfront, Lost River Delta, Port Discovery, Mermaid Lagoon, Arabian Coast dan Mysterious Island. Main highlight kat Disney sea adalah gunung berapi...berhadapan dengan tasik.. sekali sekala…akan kedengaran, gunung berapi meletup kebabooomm. Siap dengan lahar lahar meleleh dan asap berkepul. Grand sangat!

Ini adalah list tema dan permainan/attaraction yg ada.. (yang ada bintang..adalah ride yg sempat kami naik)


Mediterranen Harbor

    Venetian Gondola
    Fortress Explorations
    The Legend of Myhtica*
    BraviSEAmo
    Meet and Smile*

American Waterfront

    Big City Vehicles
    Tower of Terror*
    Big Band Beat*
    Over the Waves
    Donald's Boat Builder

Lost River Delta

    Indiana Jones Adventure : Temple of the Chrystal Skull
    DisneySea Steamer Line
    Raging Spirits
Mystic Rythm *
Port Discovery

    StromRider*
    DisneySea Electric Railway
    Aquatopia

Mermaid Lagoon

    Flouder's Flying Fish Coaster
    Scuttle's Scooters
    Ariel's Greeting Grotto
    Mermaid Lagoon Theatre*
    Jumpin' Jellyfish
    Blowfish Baloon Race
    The Whirlpool*
    Ariel's Playground

Arabian Coast

    Sinbad's Seven Voyage
    Caravan Carousel
    The Magic Lamp Theatre*

Mysterious Island

    20,000 Leagues Under the Sea
    Journey to the Center of the Earth*


Rasanya…bayar tiket mahal2 banyak di habiskan dengan beratur je….nak naik ride tower of terror contohnya..kena beratur dekat 1-2 jam…beratur kat luar, dah masuk dalam pun kena beratur lagi!! Pengsan ~

Tower of Terror

Dalam tower of terror ni ada la..intro cerita pasal game ni. Towe of terror ni adalah nama hotel kat New York, pada tahun 1912, owner hotel ini hilang secara misteri …tapi cakap bahasa jepun…buat buat faham je la…konsep permainan ni sama dgn shuttle space kat Genting …Cuma ada effect gempak sikit la..konon konon, tengah naik lif dalam bangunan tu..tetiba terlepas jatuh….menjerit jerit la kami, vocal mengalahkan org2 jepun..haha.



Pastu…sambil jalan ke tema seterusnya…macam biasa la.bergambar snap…snap sana sini…maklum la bukan senang nak sampai!


Big Band Beat

Lepas penat menjerit jerit….masa untuk tengok show pulak…
Show ala ala istana budaya dengan konsep…Hollywood/cabaret… penyanyi dan penari..kebanyakan nya orang puti. (supaya nampak la international sikit) ada la celah celah kat belakang belakang muka org asia..
Show ni ada mickey, minie, daisy buat performance. cute! 

Storm Rider
Haha…permainan ni buat aku tergelak…bunyi macam gempak…storm rider! Beratur macam biasa la…panjang jugak.. permainan ni konon nya kita jadi ahli pasukan memecah angina taufan…sebelum naik, kapten konon nya..bagi la arahan dan misi pasukan hari ni.

Actually, game ni…macam duduk dalam panggung wayang yg ada kipas besar…pecik percik air sikit…dengan bunyi meletup letup… animasi nya macam back dated sikit..zaman skrang org dah guna 3d...rasa macam bodoh je game ni..haha buang masa.

Perut dah lapat..kami cari pot pot strategic untuk makan…masing2 dah kebulur…macam ikan tilapia..makan sandwitch. Nyam nyam

Journey to the Center of the Earth*
Konon nya..game ni yg paling best kat Disneysea ni ...basically, naik train/ roller coster dalam gunung berapi tu... kat luar nampak tak ramai yg beratur…rupa rupanya kat dalam…melingkar lingkar macam ular sawa 360 degree..orang beratur! Dekat 2 jam jugak beratur nak nain ride ni…

Hasil nya…….drum roll…..ADO!
Mula mula dah macam grand...naik lift pegi tingkat atas..dengan props dan sound effect yg gempak.... rupa rupanya...sekadar naik train...pastu, kat kiri kanan ada robot makhluk aneh (yang dah berhabuk!) bergerak gerak.. sebelum ride tamat..ada la monster besar...kasi takut....(pura pura la jerit...aaaa...aaa...aaaa..)...pastu train tu terus bergerak laju..dan terjun menjunam.. TAMAT. Dalam hati....haaa??? itu je KERRR??

Bila habis game ni...dah masuk petang.banyak lagi belum cover... maka berlari la berdedai dedai ke theme seterusnya.. Lost River Delta
gambar water parade kat Disney sea..aku lebih suka parade kat disneyland...lebih mesra pegunjung

Banyak jugak, game menarik kat sini...tapi macam biasa..beratur panjang gila...tak sanggup nak habiskan masa dan melenguhkan lutut dengan beratur lagi...jadi kami buat keputusan...skip game2 tu...cukup la sekadar amik gambar snapp..snapp dah.

Mystic Rhythms
Show ni aku rasa paling best kat Disneysea…berkonsepkan alam semula jadi, binatang binatang macam buaya, harimau, rama rama menari nari..memang aku suka sangat ni! Konsep pun ala ala Puteri Gunung Ledang The Musikal….ada dewi hutan terbang terbang…memang best! Part akhir ada adengan hujan dan rebut tu best…ada la terenjis rejis sikit air hujan kat muka.

Dah habis show ni..kat luar dah nak gelap..maka BERLARI lah menuju ke theme seterusnya.. Arabian Coast & Mermaid Lagoon..

Kat Arabia coast pun kami tengok show saja

The Magic Lamp Theatre
Berkonsepkan aladin…tapi cakap jepun…show ni aku terlelap sekejap, sebab panjang sgt mukadimah nyer (cakap bahasa jepun) persembahan ni... menggunakan ahli silap mata..macam biasa la…magic yg di gunakan…macam selalu tunjuk kat sarkas.

Mermaid lagoon…tak sempat buat apa sangat….kat dalam ni permainan untuk budak budak je…takde ride ride yg mencabar pun..

Persembahan penutup…

Kalo dekat Disneyland…persembahan bunga api penutup merupakan upacara yg paling di nanti nanti oleh setiap pengunjung…
Sama jugak di Disney sea…semua orang berhimpun depan tasik buatan itu…untuk menyaksikan persembaha istimewa sempena ulang tahun ke 10 Disneysea—FANTAMAGIC..
Menggunakan Konsep AIR-CAHAYA-BUNYI…
Persembahan yg mengambil masa 20 minit ni…memang gempak! Kemuncak persembahan…ada naga keluar (dari filem Sleeping Beauty) siap keluar api..api dari mulut…dan lepas di musnahkan…keluar lah..bunga api meletup letup..boomm…kebabomm.










No comments:

Post a Comment