Friday 23 March 2012

JAPAN : Tsukiji market



Tsukiji market

tsukiji market kini telah menjadi highlight utama dalam kebanyakan travel review untuk tokyo guide. apa yang istimewa sangat pasar ikan ni..sampai semua org berebut rebut nak masuk??? takat pasar ikan...pasar borong selayang pun ada.. tak pun pasar tani, kami ke sana untuk mencari jawapan nya! Wohoo!

tsukiji market ni merupakan pasar borong ikan terbesar di jepun dan di dunia! terletak di tengah tengah kota metropolitan ini.. pasar tsukiji market menjadi popular dikalangan pelancong kerana keunikan acara melelong ikan tuna. pasar borong ni menjual ikan sekecik kecik ikan bilis, barang runcit sehinggalah ikan tuna 300 kg! dan ikan paus spesis terancam.

dulu, semua orang oleh berkunjung ke sini sesuka hati..sehingga menyebabkan kesesakan luar biasa pasar ini dengan pelancong...
 acara borong ikan tuna pula dah jadi macam acara karpet merah ....penuh dengan pelancong yang lalu lalang dan cahaya flash kamera sehingga menyebabkan pihak pengurusan tsukiji market menetapkan bilangan kuota tertentu untuk pelancong setiap hari..pada setiap hari hanya 150 orang pertama di benarkan untuk menyertai acara lelong ini. oleh itu, hanya yan paling kiasu dan paling cepat akan mendapat tempat..

waktu urusniaga
pasar ini..mula sibuk sejak pkl 3 pagi..namun acara kemuncak lelongan ikan tuna bermula pukul 5 pagi. kebayakan pembeli merupakann chef2 dan owner restaurant shushi terkemuka .Hanya ikan tuna berkualiti dan terpilih di gunakan untuk menghasilkan shushi2 yg berkualiti tinggi.

sebelum pergi..lebih baik check jadual/schedule pasar ikan ni...ada hari2 tertentu..pasar ni di tutup kepada pengunjung,

lokasi
pasar ini terletak di stesyen Tsukijishijo Station di Toei oei line. memandangkan hostel kami terletak di area asakusa- kuramae...adalah mustahil untuk berjalan kaki di pagi pagi buta untuk ke sini. oleh itu pilihan yang ada hanya lah dengan menaiki train. train pertama bergerak pukul 5 pagi...( acara lelong ikan pun mula 5 pagi!)


nak tak nak...kami terpaksa gamble jugak. Pagi pagi...tak payah lap taik mata..terus berlari ke stesyen metro.. jantung punya la berdebar sebab takut orang dah penuh macam disneyland. Setiap penumpang di dalam metro di anggap sebagai musuh yang berpotensi menjadi pesaing untuk merebut kuoata 150 pengunjung pertama! sampai je stesyen tsukijishijo ..kami terus berlari tercungap cungap mengikut sign board menghala ke pasar ikan... berjaya juga potong 2-3 org pelancong yang jalan terkedek kedek huhu..


Seperti biasa..walaupun dah mengikut peta...waktu waktu kritikal ni pulak nak sesat dalam pasar ikan! lori lori ikan dah penuh bersimpang siul kat sini.
Buat muka tebal..kami terpaksa tanya direction dekat pemandu lori ikan.mamat jepun tu cuba sebaik mungkin untuk explain direction..tapi apakan daya..dah nama pun ayam dengan itik...memang susah la nak tolong!
last last dia offer naik lori ikan dia. tak sangka..dapat pakej lengkap, siap naik lorry ikan dekat jepun... lory ikan tu kecik je... macam motorsikal tapi ada extension kat belakang..kami bertiga naik berhimpit himpit sambit terpaksa jaga kotak kotak ikan..takut terbalik pula, tak pasal pasal mamat jepun hensem tu kena pecat!

jantung terus berdegup kencang ...akhirnya berjaya juga sampai ke tempat visitor center..kami adalah pengujung ke 71!! wohoo...berjaya !

di beri penerangan ringkas mengenai pasar ini...dan peraturan yang mesti di patuhi semasa melawat tempat ini... berulangkali di beri amaran...ini bukankawasan pelancongan..oleh itu pengunjung di sarankan untuk mematuhi segala peraturan yg telah di tetapkan.


antara peraturannya adalah.
1. dilarang menggunakan kamera ber flash
2. ikut barisan dan kumpulan.
3. pengunjung wajib memakai jakat keselamatan khas.
4. tidak di benarkan keluar dari kawasan yg di tetapkan.
5. masa yg di peruntukkan hanya 15 minit untuk setiap sesi.

Proses lelongan ikan tuna


  1. semua ikan ikan tuna yang sebesar dugong di susun mengikut kod.
  2. pembida akan menggunakan sebilah pisau khas untuk melihat isi ikan tuna tu.. tak tau la apa kriteria yang di lihat..mungkin tengok texture ikan tuna tu.
  3. pembida akan mencatatkan kod kod ikan yg ingin di beli
  4. seorang host akan duduk di hadapan, berdiri di atas kotak kayu…sambil memulakan proses lelongan….
  5. Pembeli pembeli..akan angkat tangan membida harga ikan yg ingin di beli..
  6. Entah apa yg diorang membebel...dalam 5-10 minit...sesi lelongan berakhir...ikan ikan di tanda mengikut kod pembeli masing masing....dan di bawa keluar untuk packing.

Shushi

antara benda yg paling sinonim dengan jepun adalah Shushi...selepas sesi lelongan ikan tuna..adalah suatu kewajipan untuk pengunjung menikmati sarapan shushi di pasar ikan tersebut..dengan ikan ikan yg fresh dari laut...

terkena la jugak kami...breakfast shushi RM 80 hinggit!! gulp..
arah pusingan jam.1. awal awal lagi sebelum subuh lagi dah berkejar ke pasar ikan. 2. harga berus sabut pun 525 yen! (lebih kurang rm20) 3. Ini la lorry ikan yg kitaorang tumpang..comelkan! 4. harga harga barang runcit yg mahal gila



1 comment:

  1. salam, nak tanya makan sushi di tsukiji market di mana? halal tak? kami nak pegi jepun bulan 3 ni..nak dapat info..-khairie

    ReplyDelete