Sunday 15 December 2013

Sri Lanka: the Garden Of Evan


Sri Lanka : The Tear Drop of India
 

Sepatutnya Galakjalan dah cover Sri Lanka pada bulan May 2013 lagi, tetapi disebabkan syarikat penerbangan tambang ciput kegemaran kami AIR ASIA telah menutup laluan ke Colombo untuk sementara waktu kerana (?tak untung), maka pada bulan May yang lalu, kami telah melencong destinasi ke Hanoi..

Jodoh ke Sri Langka masih ada, laluan ke Colombo di buka semula dan Galakjalan pun book tiket stat!! wohoo!! Tiket rm450 (promo price return ticket)

 

Bendera Sri Lanka bermotifkan Singa  (Sinhalese=Singa=lion)

Kenapa Sri Lanka?

·         Destinasi yang jarang di kujungi, jadi Galakjalan mesti cover dulu!

·         Tempat lain dah cover (mode bongkak)

·         Teringin nak berkunjung ke Adam’s Peak,tempat yang di percayai turun Nabi Adam A.s di muka bumi. Jabal Rahmah (tempat pertemuan Adam & Hawa dah cover bulan june 2013)

·         Galakjalan suka kepada destinasi unik terutama negara yang kaya dengan Sejarah dan tinggalan silam

·         Kos yang murah dan mampu di cover dengan baki bank yang telah sedia ada ..gulp

·         Senang dapat makanan halal (30% muslim)

Sebelum ke Sri Lanka, seriously Galakjalan membayangkan keaadaan yang hampir sama dengan India – kotor, sesak, ramai manusia bergelendangan… tetapi jangkaan Galakjalan ternyata meleleset! Sri Lanka adalah sebuah negara yang bersih, selamat, teratur dan masyarakat secara umumnya mempunyai kesedaran sivik yang bagus (tandas bersih, tiada vandalism, kemudahan awam di jaga, pemanduan cermat)… malah kadang kala lebih baik dari Malaysia sendiri..  

Dalam tempoh 5 hari, Galakjalan dapat cover kebanyakan tempat wajib “cultural triangle” di Sri Lanka… fuhhh memang penat, tetapi berpegang konsep, “alang alang dah sampai, mesti COVER SEMUA” perjalanan yang sepatutnya 7 hari dapat di singkatkan kepada 5 hari.. memang havoc. Omputeh pun ternganga tengok Melayu bimbo cover sri lanka 5 hari.

Visa



E-Visa boleh di apply di website ini  http://www.eta.gov.lk/slvisa/
kelulusan akan di terima serta merta!
*Kos e visa USD30 (December 2013)

Di counter imigresen di Colombo airport pun takde banyak masalah..just tunjukkan e visa yang telah di print..5 minit. Clear! 






Kos entrance Fee yang super duper mahal!

Paling tak patut kat Sri lanka ni adalah entrance fee kepada foreigner yang super duper mahal..terutamanya kepada org Malaysia ni , yang matawang tu ampai ampai je..takde la berlipat kali ganda macam matawang Queen .

Minimum fee untuk tempat tempat tarikan utama adala 1000 rupee (rm25)…malah nak masuk ke botanical garden pun nak charge 1500 rupee…. Yang paling mahal adalah sigiriya 3900 rupee (30usd) fuhhh mahal gila weh. Sebelum ini, pelancong dari asia agak kurang… manjority pelancong adalah dari negara Europe, france, jepun dan England… jadi rate dia pun ikut la pelancong2 dari sana. Menurut buku Insight pocket guide 2004, entrance fee ke sigiriya hanya 1000 rupee, ini bermakna dalam tempoh 10 tahun, harga nya telah meningkat berlipat kali ganda.

Persiapan
 

Galakjalan hanya ada tempoh masa 2 minggu untuk persediaan ke Sri Lanka, iaitu 2 minggu selepas Galakjalan pulang dari Aceh… ada ketika, Galakjalan rasa nak amik package je, senang tak payah pening pening.. tetapi setelah di survey survey, kebanyakan package paling cikai pun lebih kurang 2k++… hmmm mahalnya! Mana nak cari duit wei..! Reference untuk catitan perjalanan ke Sri langka juga tak begitu banyak, terutamanya catitan perjalanan untuk tempoh 5 hari. Biasanya omputeh jalan sampai 2 minggu hingga sebulan untuk negara macam sri lanka…







Reference untuk Galakjalan Sri lanka

Wikitravel (main reference) 

wikitravel.org/en/Sri_Lanka
Agoda dan booking.com untuk hotel
Youtube
Traveladvisor forum
 www.tripadvisor.com.my

Matawang

Matawang yang di gunakan ialah Sri Lanka rupee

Rm1 = 40 rupee

10 rupee=rm0.25

Jadi, sebelum pergi, tukar duit ringgit ke USD (rupee susah nak dapat), kemudian di airport baru convert duit USD ke Rupee.

Aku tukar 300 usd…lebih dari cukup utk 5 hari perjalanan.

Dengan 10 rupee: anda boleh membeli 1 vadai

100 rupee: boleh di gunakan untuk perjalanan tuk tuk sehala

1000 rupee: boleh di gunakan untuk entrance fee di kebanyakan tempat2.

Dalam 5 hari Galakjalan cover

1.       Kandy – pusat kebudayaan di sri lanka

2.       Dambulla- tempat terletaknya Golden temple/Cave Temple

3.       Sigiriya- Lion rock yang awesome

4.       Nuwara Eliya- kawasan tanah tinggi ala2 cameron highland

5.       Colombo- ibu negeri

Transport
Transport utama di Sri lanka ialah bus dan tuk tuk…

Bas 
Bas milik Gomen di Nuwara Elliya
 
Stesyen bas di Kandy

cost pengangkutan menggunakan public bas di Sri lanka SANGAT murah dan efisyen. Perjalanan 3 jam (umpama KL ke penang hanya 100-200 rupee)

tetapi tiada bas ekspress…semuanya bas berhenti berhenti (ambil dan hentikan penumpang di sepanjang jalan)

kebiasaannya bas sesak dengan penumpang,

walaupun bas Nampak buruk dan berdebu di luar, tetapi di dalam bersih dan tiada unsur2 vandalisme (macam lapik terkopek2 etc).. bawah lantai bersih takde tisu, pembalut gula gula

sepanjang penjalanan, akan di hiburkan dengan music Ceylon yang SANGAT KUAT… lagu lagu ala ala 80-90 an dan penumpang2 memang terhibur dengan lagu2. Walaupun cuba sumbat telinga dengan lagu Celine Dion, tetapi di sebabkan speaker bas betul betul di atas kepala, dengan bunyi bass yang kuat..celine dion nyanyi kuat macam mana pun tetap tak dengar… ada kala, Galakjalan rasa menyesal giler…kenapa la aku tak cuti, duduk rumah , tido dari pagi ke petang…. Tapi bila dah lepas azab, rasa puas..

pengalaman tu, memang tak boleh dapat mana J

Tuk Tuk or three wheeler
 

tuk tuk di Colombo menggunakan system meter dengan kos 50 rupee per KM manakala di kawasan luar Bandar, lebih kurang 100 rupee per route untuk destinasi yang dekat dekat (1-3km).. pemandu tuk tuk memang banyak helah!! Dan telah di ketahui dan di warning dalam kebanyakan forum travel dan Wikipedia

antara pengalaman cubaan untuk menipu oleh driver tuk tuk ini:

1.       Pemandu tuk tuk bawa ke hotel lain walaupun telah di beritahu hotel yang telah di book sekian sekian… tujuannya untuk mendapat komisyen dari pengusaha Hotel.. kuang ajar, aku marah la, sebab menipu dan buang masa.

2.       Perjalanan 1 km saja tapi tuk tuk tu pusing 4-5 km untuk naik kan meter… nasib baik aku sedar sebab tengok map kat hp….”eh apesal dia ni berpusing” 

Berhati hati, jangan sampai kena tipu!
 

Keretapi
 

 

Aku cuba train dari kandy ke nuwara eliya, perghh, pemandangan memang superb! Sepanjang perjalanan tak duduk kat seat pun, duduk dekat pintu keretapi je…menghulurkan lensa snap snap… ala ala journalist la kan kononnya.

Kertapi bersih… free seat…jauh berbeza dgn keretapi di India.

 

Makanan
 


Tak perlu risau, makanan halal memang senang dapat di sri lanka. Maggi yg di bawa dari Malaysia, tak makan pun. Nasi beriani, Nasi Goreng (yes! Ada menu nasi goreng),capati, Pottu (my fav) dan nasi campur di kedai2 halal… biasanya untuk perjalanan jauh di wakti breakfast aku amik heavy breakfast sebelum memulakan perjalana…siang aku standby roti dan beli vadai untuk lapik perut. Dah malam, baru makan dinner puas puas…kenyang, tido…zzz

 








Bahasa
 

Bahasa Inggeris di gunakan secara meluas di Sri Lanka. Kebanyakan pemandu tuk tuk, pemandu teksi, pelajar, orang awam boleh berbahasa inggeris. Jadi komunikasi mmg tiada masalah! 

 Itinerary

Day 1

Colomboà Kandy

Arrival. Colombo to kandy bt bus 140 rupee (rm3.50) (3 hour)

Kandy lake

Kandyan cultural show (500 rupee) rm12.50

Overnight: Charton Kandy Rest Guesthouse (rm 64.42) usd20.00

Dinner 400 rupee (rm10)

Total day 1: rm90.42

Day 2: Kandy- Dambulla-Sigiriya- Kandy

Kandy- Dambulla by bus (110 rupee-rm2.75) 3 hour

Golden/cave temple- 1500 rupee (rm37.50)

Dambulla- Sigiriya by tuk tuk -700 rupee (rm17.50) -

Sigiriya Entrance: 3900 rupee!!! 30 usd (rm100++)

Sirigiya-Dambulla Bus: 40 rupee (rm1)

Dambulla to Kandy ( 110 rupee) rm 2.75

Dinner ( 200+150) rm 9.00

Total day 2: rm 234

Day 3 Kandy- nuwara Eliyya

Kandy temple tooth—dari luar saja coz fee 10usd (rm30) tak payah kot

Lunch: 350 rupee (rm9)

Kandy-nuwara eliya by train: 400 rupee (rm10) 3 hour

Check in Nuwara eliya Royal Mount hotel Rm90 pernight

Total day 3: rm109

 

Day 4

Nurwara eliya –Colombo

Hire driver tuk tuk for 1 day 3000 rupee (rm75)

Entrance to Srilangka New Zealand farm (250 rupee) rm 6.25

Beli teh sri langka (300 rupee) rm7.50

Bus to Colombo : 400 rupee (rm10)

Dinner : 300 rupee ( rm7.50)

Tuk tuk from bus station to hotel (600 rupee =rm15)

Hotel silvikris villa 30 usd (rm 90)

Total day 4:rm211

Day 5

Tuk tuk city tour 1 hour 1000 rupee (rm25)

Airport transfer 2000 rupee (rm50) 

Sourvinier etc: 3000 rupee (rm75)

Total day 5: rm150

Grand Total  : rm 794!!

 
to be continue....
 
Kandy!

 

 

 

 

 

1 comment:

  1. ok best! malangnya aku dapat ke colombo untuk 2 hari je. sebab cuti dah habis.

    ReplyDelete