Saturday 27 July 2013

Galak Jalan di Bumi Anbia

GalakJalan dibumi anbia

bismillahiramanirahim....

Moga berjaya la nak completekan entry kali ini...biasanya hangat hangat taik ayam je kan
banyak tempat dah coverkan? Tanah suci mekah dah cover ke? sentap tak persoalan tu...

entry kali ni cuba nak kongsikan tempat yg aku cover baru baru ni...

  • Cairo & Alexandria
  • Madinah
  • makkah

untuk trip kali ni...sebab nak pegi umrah kan...so aku guna travel agency je la... mula mula memang plan nak pergi sendiri, sebab lagi senang, free & easy la konon... tapi setelah di congak congak...bahagi tambah tolak tendang terajang.... cost pergi dengan package lagi murah daripada pergi sendiri..nak uruskan Visa leceh la...nak cari hotel2 budget pun tak berapa budget di makkah n madinah ..so ikut la travel agency..

 Jangan tak tau yer..Airasia kini sudah ada penerbangan direct ke Jeddah.. biasa aku check tiket promo ada la RM1600 pergi balik... jadi untuk ziarah yang akan datang, inyaallah...boleh pi jalan sendiri. Ekceli, makkah adalah tempat paling senang dan jimat utk ber-backpacker sebab-- baju pakai 2-3 helai jubah je...tak payah pikir fesyen sangat nak berseluar jeans la..nak jaket bulu bulu ke, nak matching tudung dengan handbeg ke..kemudian, makanan murah dan of couse la HALAL...kemudian kalo takde bilik nak tido... boleh tido dalam masjid haram yang dibuka 24jam, berhawa dingin.... toilet besar dan dilengkapi dengan shower... Air minuman , air zam zam saje.... intenary tak payah pikir susah2.... sembahyang, baca quraan, tawaf, shopping!!

ANDALUSIA TRAVEL

sebab terpengaruh dengan iklan2 yang banyak dekat dalam paper dan magazine, disamping ghege yang berpatutan...aku memilih syarikat Andalusia Travel ... pi la check sendiri harga pakej yg di tawarkan... yang menarik, selain Umrah, company ni banyak tawarkan pakej ziarah ke tempat2 lain di timur tengah seperti Cairo, Istanbul, Sepanyol, Dubai dan Jordan... dah alang alang sampai kan....cover la tempat tempat tu bukan senang nak sampai...sakit buntut flight 8 jam. Cost mungkin lebih extra rm1k dari pakej biasa tapi dapat cover negara lain, ok la kan?
secara keseluruhan aku puas hati je dgn service company ni...urusan booking semua aku buat online je dgn manager dia... dalam tempoh 2 bulan sebelum pegi....sgt smooth dan senang la..

pakej yg aku pi ni... 5 hari kat Egypt, 4 hari di madinah dan 6 hari di mekah

PERSEDIAAN
Persediaan nak pi UMRAH ni senang sahaja... ISLAM ni mudah je... persediaan merangkumi mental & fizikal.... Mental tu, kena betulkan niat, taubat la mana yg patut....minta maaf dengan kawan kawan dan keluarga. Sebab pegi Tanah suci ni macam menuju MATI... jadi kalo nak mati tu biarla dengan cara baik.. Sapa yg kenal aku tau la kan...perangai tak semengah, mulut jahat ..jadi kena la tekan reset button utk perbaiki diri. (tapi dah balik ni tak insaf insaf lagi....adoi) Persediaan fizikal ni penting jugak...sebab ibadah Umrah ni memerlukan kecergasan fizikal jugak... nak Tawaf n Saei tu jauh jugak...lenguh jugak kaki. Dalam bab ni aku respek gila dengan makcik makcik yang umur dah lanjut (70-80) tapi masih lagi kuat berjalan mengalahkan kita yang muda remaja ni.. Tapi pergi masa tengah muda muda ni lagi best...boleh jalan keliling, dari hujung ke hujung...naik bukit turun bukit.... sambung shopping pulak.hehe

BEG RODA
          2 beg yang bawah tu aku punya hehe...

syarikat Andalusia ni ada la bagi beg roda besar utk semua Jemaah yang join tour diaorang...cukup besar nak masukkan anak 3 tahun dalam beg tu. aku ni memang ANTI BEG RODA... mula mula nak bawak backpack je pi, tapi memikirkan barang nak bawak balik nanti, dengan kurma lagi....so aku decide bawak jugak la BEG RODA...yeay finally percutian BEG RODA!

Barang Barang yang PENTING perlu di bawak



  • kain ihram 2 helai... (untuk lelaki 2 helai kain putih yg tidak berjahit)
  • kalo pompuan agak senang-ihram adalah kain telekung






  • tali pinggang Hijau Besar yg sgt sinonim dgn fesyen umrah...supaya kain ihram tu tak terlucut bila melangkah.
  • Spek mata hitam besor ala ala baru balik dari makkamah syariah
  • Mask- surgical mask.. sebab sekarang makkah tengah construction besar besaran..habuk berkepal kepal
  • ubat ubatan- ni memang aku bukak stokis kat sana...borong ubat ubat common (demam, batuk, selsema, cirit, muntah, loya, melecet, sakit kaki) , bukan la mintak supaya tak sihat di sana..cuma persediaan, nanti nak beli kat sana mahal pulak...
  • Gadget- hp, camera SLR & compact, ipad, charger, converter,

  • Duit- ko takde duit NGANGA je kat sana.
Ilmu

  • study la  buat homework sikit....pasal cara nak lakukan Umrah.. sekarang ni...tak payah susah susah...pi cari kat youtube pun boleh!
  • study sejarah - di Egypt.... (Egyptologist wannabe)...documentary kat youtube pun banyak best best
  • study sejarah islam di makkah n madinah...jadi bila kita berziarah ke tempat2 sejarah...kita akan rasa lebih appreciate tempat tu..
tanpa ilmu....perjalanan kita KOSONG...KOSONG (bak kata najwa latif) macam Jemaah dari Negara lain, yang kurang ilmu , selain ibadah banyak melakukan aktiviti khurafat yang entah hape hape.. (seperti mencuri benang kelambu kaabah utk di buat tangkal)

tentative program

TEMPATAKTIVITI
KUL -CAIRO
  • Lapor diri di KLIA
  • Check-in bagasi, serahan passport / boarding pass
  • Transit di Lapangan Terbang Bangkok
  • Berlepas ke Cairo
CAIRO
  • 3 piramid dan ‘The Sphinx’
  • Felluca ride di Sg Nil
  • Kilang kristal, kilang kapas & kulit
  • Kedai minyak wangi dan institut Papyrus
  • Masjid Lama Kaherah, Masjid El – Shafaai,
  • Salah El-Dien Citadel, Masjid Mohamed Ali (Alabaster Mosque) dan El Gawhara Palace.
  • Masjid Al Azhar, Masjid Al Hussein dan Bazaar Khan El Khalili.
ALEXANDRIA
(240 km dari Cairo)
  • Montaza Palace & Gardens’ (tempat penginapan King Farouk Last Kings of Egypt)
  • Masjid Mursi Abu Abbas
  • Bergambar di Qait bay Citadel.
  • Bergambar di hadapan perpustakaan pertama yang paling terkenal
  • di Alexandria iaitu “Library of Alexandria”
CAIRO – JEDDAH
  • Teruskan penerbangan ke madinah.
MADINAH
  • Ziarah Dalam - Maqam Rasulullah SAW dan sahabat, Raudhah dan Perkuburan Baqi’
  • Ziarah Luar - Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Medan Peperangan Khandaq
  • (Masjid Tujuh), Jabal Uhud, Pasar Kurma/ Ladang Kurma
  • Ziarah Pilihan (dengan bayaran tambahan) - Lapangan Magnet,
  • kilang Al-Quran ( hanya jemaah lelaki sahaja),(Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi)
  • Ziarah Wada’
MADINAH – MAKKAH
  • Memakai ihram umrah.
  • Bertolak ke Makkah – bermiqat di Masjid Bir Ali (umrah pertama)
  • Tiba di Makkah, mengerjakan tawaf & saie secara berjemaah dan dibimbing oleh mutawif.
MAKKAH
  • Ziarah Luar – Jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur ( Arafah ), Muzdalifah, Jamrah & Mina ( melintasi & memandang dari dalam bas ), Masjid Ja'ranah & miqat (umrah kedua)
    Umrah Tana’im – miqat untuk umrah (umrah ketiga)
  • Ziarah Pilihan Hudaibiyah (dengan bayaran tambahan) - Ladang ternakan
    unta dan Muzium Haramain (Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi), Masjid Hudaibiyah & miqat
  • Ziarah Pilihan Gua Hera’ (dengan bayaran tambahan) - mendaki Jabal Nur untuk melihat Gua Hera’
  • Tawaf Wida'
CAIRO - KUL
Transit di Bangkok dan Cairo sebelum tiba di KLIA...



bersambung........





.
16
yhhhhhR

No comments:

Post a Comment