Wednesday 14 October 2015

SRI LANKA : Kandy


Kandy







Kandy merupakan wilayah terakhir bagi empayar kerajaan institusi beraja di Sri Lanka sebelum di gulingkan oleh British pada tahun 1815. Dari segi kedudukan Geographynya ia terletak di wilayah tengah sri lanka kedudukan agak tinggi dari paras laut menyebabkan Kandy beriklim dingin berbanding tempat lain. Nama “Kandy” berasal dari perkataan Singhalese Kanda Uda Rata yang bermaksud “negeri di atas bukit” …kemudian orang Portugis memendekkan nama tersebut kepada “Candea”

Galakjalan suka bangat dengan Kandy sebab Bandar ini sangat nyaman dan tenang. Terdapat sebuah tasik buatan di tengah tengah Bandar Kandy (ala ala taman tasik taiping) yang. Kandy juga di kenali sebagai pusat kebudayaan di Sri Lanka. Di sini la tempat asal tarian Kandyan yang terkenal. Kandy juga terkenal dengan Temple of Relic Tooth (Buddha ) yng di ikitiraf oleh Unesco sebagai World heritage pada 1981

How to Get here?

Galakjalan ke Kandy dengan menggunakan bas.

Selepas tiba di lapangan terbang antarabangsa bandamuke, belok ke kanan dari exit building, kemudian terus sehingga exit kawasan lapangan terbang (gate). Kemudian belok ke kiri…jalan dalam 5-10 minit anda akan jumpa stesyen bas kecil (dan berhabuk)…

Just tanya kepada orang sekeling.. “kandy..kandy” mereka akan menunjukkan bas yg mana perlu di naiki. Untuk kepastian, selepas naik bas, kita Tanya penumpang2 lain”kandy?...kandy?”

Suasana di dalam bas

Kali pertama menaiki bas di sri lanka, agak kezutan budaya…. Seat nya kecil2 dalam satu barisan ada 3 +2 seat…untuk seat bertiga tu…memang agak bersesak sesak.. sepanjang perjalanan anda akan di hidangkan dengan music tempatan yang agak memeningkan.. muzik di pasang dengan sangat kuat…music Ceylon ala ala lagu Hindustan zaman 80 an…

Tambang bas dari Colombo ke kandy hanya (140 rupee!)

Perjalanan 72 batu itu mengambil masa 3 jam… sepanjang perjalanan, tak bayak pemandangan yg boleh di nikmati…. Nak tido pun susah sebab Susana yang sesak dan bising…azab …azab


How to get around

Nak pusing pusing dekat kandy ni senang saja… untuk yang bertapak kaki gagah boleh berjalan kaki sahaja. Untuk yang lemah leah lutut..boleh naik tut tut yang bersepah di sana. Cost untuk perjalanan satu hala lebih kurang 100 rupeee…

Benda yang perlu di COVER di KANDY

1.      The Temple of The Tooth

2.      The Pinnewala Elephant Orphanage

3.      Royal Botanical Garden

4.      Tea Museum

5.      Athurs seat- untuk melihat pemandangan

6.      Commenweth War Cemetry

7.      Kandyan Art Association

8.      Menonton Kandiyan Dance

Daripada kandy boleh pergi ke…

1.      Dambulla-Sirigiya – 3 jam menaiki bas berhenti berhenti

2.      Nuwara Elliya- 3 jam dengan train

3.      Colombo- 3 jam dengan bas

Seperti yang di maklumkan di post sebelum ni, admission fee untuk tempat tempat di Sri Lanka agak mahal . Admision fee ke Temple of Tooth adalah usd 10!! Pergh mahal gila… nak masuk masjid Sultan Ahmed di Istanbul pun free je. Kebanyakan negara negara lain….biasanya rumah ibadat jarang ada admission fee, melainkan donation seikhlas hati…  begitu juga dengan Royal Botnical Garden (usd 10!!)

 Kandyan dance di Kandy. Entreance 500 rupee.
persembahan kebudayaan yang wajib cover untuk Kandy...





1 comment: