Bandar Tokyo sgt la besar dan byk nak boleh tgk and cover. Tapi memandangkan kami ada masa yang singkat di Tokyo, jadi ni adalah short list apa yang wajib / best tuk pegi di Tokyo la. Sesiapa yang mempunyai masa yang singkat di Tokyo, boleh la ikot list ni, konsep stakat cecah kaki....
Seperti biasa,bekalan tuna memang dah sedia dalam beg. memandangkan jepun ni mahal sgt barang makan nye, tuna la menjadi teman setia. Pepagi dah bangun, bersiap tuk pastikan dapat cover sebanyak mungkin bandar Tokyo memandangkan kami ada 2 hari jerk sini.
Apa nak cover di Tokyo ???
SENSOJI TEMPLE :
Kami stay di area Asakusa, jadi cover Asakusa dula la.. Asakusa ni konon old Tokyo la.ala ala zaman Edo dulu. Semua old building area2 ni. Tak pack mcm central Tokyo, even hostel yang murah2 pun are ni. Benda famous tuk cecah area ni adalah Sensoji Temple.
Fakta : Ni adalah Buddha temple yang paling lama di area Tokyo.Pernah dibom time WWII dah dibaikpulih. Berdekatan pintu masuk temple ni adalah tempat shopping area tuk barang sourvenir jepun dan ada jugak ancient garden yang berdekatan .spot tuk amik gambar la...
NAKAMISE MARKET :
Fakta : Terletak di area Asakusa berhadapan dgn gate nak masuk Sensoji temple. Tempat ni mmg khas la tuk sourvenir barang2 jepun. TApi harga kemain mahal lagi. Standart keychain bodoh2 pun nak dekat RM20, Ketuk giler! Tapi banyak choice la. tgk budah2 tadika jepun dtgsini bershopiing buka main lagi, penuh se-beg keychain, tapi ktorg tk xmampu nak beli satu pun,mahal kemain...if nak gambar cantik, gerakla awal pi tempat ni, kalau tak kemain penuh lagi org kat area ni bershopping mcam ulat taik, nak amek gambar pun susah.
TOKYO TOWER:
Dibina pada tahun 1958, sebuah menara tinjau dan komunikasi. Tower ni adalah tower kedua tertinggi di Jepun dan mengambil inspirasi bentuk Effiel tower di Paris. Tower ni lagi tinggi dari tower paris beberapa meter dan lagi ringan berbanding effiel tower ( bangga org jepun dpt kalahkan teknologi stainless steel org perancis), Tower ni bertukar2 warna diwaktu mlm mengikut musi.. gerand sgt! Memandangkan ktorg ni tak der la hadap sgt nak naik tower ni, so xder la review baper Rm nak naik tower ni.... mcm tak penting kot nak naik, byk lagi twer free kat tokyo ni nak cover yang boleh tgk pemandangan bandar Tokyo.
AKIHABARA :
Area ni adalah area electronik & manga city tuk Jepun. Macam2 la mak segala nenek barang2 elektrik jepun yang pelik2 yang dijual kat sini. Dari laptop nye, camera,computer, mp3, t.v, semua la segala manika bagai dijual. Pening, canggih sgt. huhu.. kat sini gak if bernasib baik boleh jumpe dak dak pompua comel2 pkai baju ala-ala manga. boleh tangka gambo dgn dorang tp mintak izin dulu la.. kekadang ader yang baget2 hot tu, xkasi, konon hot padahal gigi bersepah,bertindih siap..geram aku.. huuhu...
SHIBUYA :
Area ni ala-ala New York Times Sq la di Tokyo dan antara tempat paling buzy di Jepun. Yempat ni mmg heaven shopping esp kepada kaki kaki suping dan kaki fesyen. Tempat wajib tuk tgk kat area ni adalah shibuya crossing yang menjadi trademark tuk tokyo. Tips nya, if nak tgk live ke-buzi-an shibuya zebra crossing nya adalah dari view starbucks. dari strabucks, boleh tgk betapa ramai nya org di Tokyo melintas di crossing ni. mmg dashat la, mcm semut... huuu
Shibuya ni tempat senan cari makan jugak. kat area sini, senang cari makanan halal since bnyak jerk pak pak arab yang bukak kedai halal kat area ni. yang menjadi tempat favourite aku adalah kedai kebab pak arab turki yang mcm setiap malam dok pegi shibuya ni tuk makan kebab dier. Nama kedai tak ingat, tapi landmark nya, kedai ni terletak betol2depan bangunan kedai H&M. seberang jalan H&M tu boleh la jumpe kedai kebab pak arab ni.....
Standart harga kebab dalam 500Yen la (RM20)... ok la..antara makanan halal paling murah di Tokyo yang dijumpai...
SHINJUKU :
Shinjuku adalah major commercial and administrative centre di Tokyo. Mostly bangunan pejabat-pejabat dan hotel2 meway (eg : Hilton Tokyo ) je banyak di area ni. Walaubagaimana pun tempat ni wajib cover jugak. Sbb kat sini ada beberapa building yang boleh naik free sampai ke puncak tuk tgk view Tokyo city dari atas bangunan pejabat ni. Antara nya ialah Tokyo Metropolitan Goverment Building.
Sampai jerk di area Sinjuku, turs cari building ngope ini... dia ada dua menara. boleh naik dua dua, tp ada time dier la. Standart procedure, bratur dan di-cek beg, trus naik lif naik smp atas dan melihat keindahan bandar tokyo for FREE!!! ada jugak buiding gov lain yang menyediakan perkhidmatan percuma ni, tp building ni antara yang highly rekomen la... benda free, jgn ditolak, lagi lagi di Jepun, yang semua bnda pun mahal~!! huuu
Day and Night view dari Tokyo Metropolitan Gov Building.
TOKYO SKY TREE
Juga dikenali sbg New Tokyo Tower. Terletak di area Asakusa dan akan dibuka pada May 2012. Bakal menjdi tallest tower dalam dunia ni mengalahkan Canton tower di China. tujuan org Jepun dok bina new tower ni relay tuk signal t.v and radio di Tokyo memandangkan Tokyo Tower yang lama terlalu pendek tuk dapat signal yang clear sbb udah di-overshadow oleh bangunan yang tinggi2 di sekeliling tokyo tower lama tu. Tower ni anti-gempa bumi gak la. ada earthquake damper dlm buiding ni mcm 101 taipei tower.. grand sgt.. huhu
abes Tokyo Part I , bersambung nnt Part II.................
Walaupun dah sewa kereta khas untuk sepanjang trip…tapi demi
nak merasa pengalaman naik train dekat India…kami
tempah khas trip perjalanan dari Delhi ke Agra menaiki keretapi…
Perjalanan yg mengambil masa 4 jam ni antara pengalaman yg PALING BEST dekat India. Haha…serius tiap kali berjalan…mesti teringat
adengan kelakar dalam train India.
Keretapi merupakan pengangkutan yang PALING popular di india...kalo zaman gila
filem hindustan dulu....kalo takde adengan dekat stesyen keretapi memang tak
sah! Macam tak lengkap filem..haha.
Kuch Kuch Hota Hai
Masih terbayang
bayang lagi adengan (Anjali) Kajol melepaskan selendang sewaktu melambai meninggal kan
Rahul (shah rukh khan) di steyen keretapi dalam filem Kush Kush Ho Ta
Hai...memang air mata mencurah curah macam air paip..bila tengok scene ni.
Sedutan filem
Kush Kush Hota Hai..tgk la..sob..sob
Stesyen Keretapi Hazrat Nizamudin
Aku pun tak pasti ini main train stesyen kat India ke... tapi serius ..Manusia penuh
macam ulat taik...dengan kerenah masing masing...yg emak mengengdong anak....si
bapak membawa hasil kebun macam akar2 kayu, ubi, rempah, yang bercinta bergesel
geselan.. suasana hiruk pikuk dan sangat tidak terkawal..
.kami pula tercangak cangak,mencari platform untuk ke Agra... hairan,
tak nampaak pula orang puteh ke atau muka muka pelancong asing kat sini.. biasa nya kalo berjalan, nampak orang putih yang kami gelar sebagai "bench mark" akan ada rasa perasaan lega sikit sebab ada pelancong lain selain kami... huhu
Video: Stesyen keretapi Delhi.. kami ingat dah terlewat kejar train rupanya....train delay sampai sejam..punya la panic kejar train tadi huhu
banyak gila
platform kat sini...menghala ke seluruh pelusuk india.
Tiket kami di
gembar gemburkan sebagai tiket 1st class- ”air con” ”air con” bak kata pandejee...tapi setiap gerapak keretapi yang lalu, tidak menapakkan ciri ciri "1st class" yang seperti mana di gembar gemburkan.... terpikir jugak..kalau aircon tapi penuh orang dengan bau kepam..baik la bukak tingkap..kasi hangin satu gerabak.
Dalam rail
keretapi ni macam tong sampah....suka hati la nak buang lampin anak ke....nasi
bungkus ke...botol air..plastik sampah. Lepas tu...diorang akan melintas rail
keretapi ni sesuka hati...pihak penguasa pun sekadar pandang dari jauh...tak
larat nak tegur lagi.
Akhirnya setelah berejam jam menunggu....train kami pun tiba... setelah confirmkan dengan orang tempatan....kami pun naik terus dengan penuh yakin...
bila sampai kat dalam tempat sit kami, tengok...tempat duduk penuh...nak suruh orang bangun takut pulak..nanti kena ketuk dengan orang ramai kat situ..maklum la..ada kat negeri orang, nak tunjuk samseng..susah pulak.huhu
tgk list name dalam train...macam tgk result exam pulak
Cubicle..
Aku panggil
tempat duduk dalam train ni macam cubicle...setiap satu cubicle, sepatutnya
menempatkan 4-6 org sahaja..yg berkongsi cubicle dengan kami adalah satu family
dari mumbai yg melawat saudara di New delhi.. Family ni complete dengan mak,
bapak, atok nenek, mak ngah, kak chik....haha semua himpit sekali dalam satu cubicle! Dengan kami sekali..tapi family ni peramah jugak...pandai cakap english...boleh la borak sikit sikit..sambil puji anak anak dia comel hihih.... mintak kebenaran family ni nak bergambar...semua exited pulak...amik posisi, betulkan rambut dan sari..macam nak amik gambar raya pulak.
Mak ngah riba kak
chik, bapak meriba along, mak dukung angah, pak lang macam macho..berdiri kat
koridor la... bagi sit tu dekat kami..
masa ni baby...duduk lepak atas dengan nenek..klakar...tak jatuh plak budak ni
Nenek duduk
mana??? Nenek duduk kat ATAS!! Tempat letak luggage atas bas tu!! Nenek kurus
kering baring kat atas tu!! Cuba korang bayangkan!!
Terbaikkk!! berposing dengan Pak Ngah India
Macam org
malaysia jugak..kalo berjalan jauh mesti prepare betul2 kan....satu satu..bekal
makanan di buka...ada pisang, papadom...yg best nyer....nasi campur air di
ramas , genggam lumat lumat dengan gengeman mak, sambil terkeluar keluar
nasi-air kat celah celah jari...lalu du suap ke mulut anak. Sedap kan!
Yum...yum..
pemandangan di sepanjang jalan tak nampak menrik sangat..cermin tu pun sangat kotor, jadi tak clear pun..ada la sekali sekala nampak kampung kampung tepi jalan..dengan lembu kambing semua.
perjalanan selama 3 jam lebih.....tak la jauh sangat.....dan kami pun tiba di bandar ke 2
Pandajee akan datang pada pkl 10 pagi utk city tour new delhi... Loser la kan ..kalo pkl 10 baru nk celik mata
terkebil kebil tgk delhi..
Awal awal pagi lagi kami dah bangun nak lihat keaadaan di luar sana.
"matahari dah tinggi atas kepala pun korang tido lagi, menantu tak guna betul la"
Hari sudah terang tetapi
manusia ( ..dan lembu dan anjing) masih tido bergelimpangan di luar. Suasana
tak ubah seperti bandar tinggalan perang... Bangunan separa runtuh dan terbiar
seolah olah pekan yg tidak lagi di huni. Cuaca sudah mula panas.. Tetapi bahang
itu tidak mampu mengejutkan manusia manusia di jalanan utk bangun. Kanak kanak
bermain berkejaran... mereka memandang kami seperti spesis baru yg di temui
atau pun potensi "mangsa" untuk kena tipu..” Ada mata yg memandang
dgn penuh simpati ala ala kucing puss in boot. Tp pengalaman di cambodia.. Mengingatkan
jangan mulakan.. Sebab sekali kita bagi.. Semua akan serbu... 1
dollar... 1 dollar
Tips: sedekah. Sememang nya kita di galakkan bersedekah. Tetapi buat baik berpada pada.. Jgn
sampai kena copek!
Monyet antara penghuni yg berkongsi bandaraya delhi
Macam bangunan runtuhan perang kan?
bertanya arah pada Inspector Shahab 'Left right...straight"
Matlamat kami pagi ni
nak cover area old delhi
Jabar masjid, chadni
chowk, red ford. Cara yg termudah utk ke sana dengan menaiki train/lrt
Steten lrt/ komuter..
Stesyen ni di kawal
ketat oleh pengawal seprti nak lepas kastam/ imigresion.. Sebelum naik,
penumpang perlu melalui pengimbas besi/ bom.. Macam kat airport tu. Dasyat
kan! Padahal dekat kaunter lrt pun
casher nak tipu.. bagi duit balance tak cukup..lepas dah kantoi menipu..buat
muka slamber je
Tips: jangan lupa
check balance duit betul betul.. ! Memang potensi nak kena tipu ada di mana mana!
Biasa la.. Bila nampak label
label stesyen komuter (mcm kat london oxford street gitu) mesti nak bergambar
kan. Tetiba tgh dok posing posing datang guard dgn cota... " no
kamera.. No kamera"
Dia drg suruh delete
pic.. Ala macam canteekkk sgt stesyen ko.
Tips: no camera/ photography at delhi
train station!
Abang beca
Tiba di stesyen.. Matlamat kami nak ke jama masjid sebab tiap kali
raya.. Mesti kat surat
khabar/tv tunjuk suasana sembahyang
aidilfitri di jama masjid.
Tgh kami tercanguk canguk cr arah ke jama masjid.. Kami di sapa abang
beca.
Setelah sesi tawar menawar yg x seberapa.. Dia bagi 10000 rupee utk
satu trip..
Termasuk jama masjid, red ford, dan spice market...
Tips: sebelum naik deal harga betul betul kalo tak nanti dia charge
price lain bila dh nak turun.
Best jugak naik beca ni... Laju je sampai..
pic sebelah kanan: dengan abang beca...nak terkentut2 bawak kami berdua yg berat ni
Jama masjid
Nak masuk masjid pun ada entry fee.. Adoi.. Dia charge 1000 rupee utk
jaga kasut.. Kami ada beg.. Nk masuk dlm beg.. Tp dia tak bagi! Pastu setiap
kamera dia nk charge 20000 rupee! Bayang kan
la.. Dpn masjid pun nak ketuk.. . Kami pun bukan bodoh.. " 1 camera
only" sambil simpan lg satu kemera dlm beg... Dah plan nanti senyap senyap
keluarkan je la satu lg kamera.
Tips: sorok satu kamera. tapi
dah masuk.. Nmpak line clear boleh bwk keluar. Boleh di praktikkkan kat tmpt
lain juga.. Mcm zoo, museum hehe..
Nak masuk masjid kena la tutup auratkan.. Jadi kena sarung kain pelikat.. Aku yg tak pernah2
pki kain pelikat kat mesia.. Pakai pulak kat india... Huhu..
kubah masjid dengan chandeliar....dicelah celah bumbung ada sarang burung
bapa mengajar anak berwuduk
Cantik masjid ni.. reka
bentuk ala monghul. Dan bata
merah ni .. Mmg typical bangunan india dulu dulu.. Dkt atas lantai penuh dgn
taik burung merpati... Boleh ke semayang atas ni??
Pastu dia bawak kami gi
spice and flower market.. Memang pekat bau rempah kari kat sini.. Tp nak bawak
balik pun buat apa kan.. Bukan nak masak pun huhu. Bunga bunga yg di jual dekat
sini untuk upacara keagamaan.. Macam bunga melur, bunga taik ayam.. Etc
red ford
Redford ni ala ala dataran
merdeka la... Masa hari
sambutan kemerdekaan dorg akan berarak kat depan ni la...
Red ford ini di bina oleh
shah jahan ( org yg sama membina Taj Mahal) siap sepenuhnya pada tahun 1648.
Main entrance Lahore Gate (sebab
menghala ke Lahore paskistan)
Harga Tiket: Rs 10 untuk local tourist dan Rs 250 untuk palancong
asing!! Bayangkan tiket kami boleh cover tiket rombongan satu kampong!
Nak masuk kamera Rs 30
Dibuka setiap hari…tutup hari isnin
Di india ni kalau di
perhatikan, org tempatan memang suka melawat tempat pelancongan di negara
sendiri.. Ye lah entah entah dari goa ke, mumbai, datang dari jauh naik
keretapi beratus ratus kilometer nak melwat new delhi. Untuk pelancong asing di
tempatkan di lorong yg berbeza ( harga tiket pun 25 kali ganda !!) jadi macam
fast lane la..tak payah nak berebut dgn pelancong tempatan.
... Kota ini merupakan
kompleks yg lengkap umpama sebuah pekan kecil yg bertembok.. Di lengkapi dgn kedai kedai ,
masjid, dewan dan lain lain lagi.
Antara major buiding
dalam ni adalah
Chatta chowk
(bazaar) Susana di bahagian entrance red ford tidak ubah seperti kedai kedai di
dalam filem aladin...
Tips: kat dalam ni
ada jual sourvonier seperti beg manik, pasmina, seramik dan lain lain lagi. Harga
amat berpatutan... Boleh beli kat sini.. Sbb tmpt lain belum tentu jumpa.
Diwan i am (nama pun
Dewan kan) so ini adlah public hall la.
Diwan I khas- (dewan
untuk tetamu khas / VIP)
Khas Mahal- istana
raja
Rang mahal- Istana
Bini raja no 1
Muntaz Mahal- Jewel
palace ...ni istana gundik gundik di raja..sekarang di jadikan muzeum
Dhawat Khana
Lotus temple aka Baha’
temple
Bangunan yg di bina
pada tahun 1986 ini memiliki senireka yang unik iaitu berbentuk bunga teratai
(36 kelopak).. Sebab
itu la ia di kenali juga sbg lotus temple. Seperti juga taj mahal temple ini
juga di bina dari marble putih.. Oleh itu warna nya juga sentiasa bertukar mengikut latar langit. Fakta yg
agak mengejutkan.... Lotus temple telah memecah rekod Eifel Tower malah Taj
Mahal sendiri sebagai bangunan yg PALING BANYAK DI KUNJUNGI di dunia! Dasyatkan...
Fahaman Baha’ ni pelik
sikit..aku pun tak berapa nak faham...dan malas nak faham..nanti terpesong
akidah pulak! Tapi konsepnya adalah...”mari kita bergabung di bawah satu
bumbung menyembah tuhan masing masing..tanpa sebarang batasan”.
Contohnya...org islam boleh sembahyang kat
sini, org kristian boleh sembahyang...tetapi masing2 kena senyap2 buat hal
masing masing...tak boleh bising2, nyanyi nyanyi.....
fahaman ini terbentuk
setelah pengasasnya merasakan AGAMA yang berbeza merupakan punya utama ketidak
stabilan politik dan sosisal, keamaanan di dunia. Oleh itu sekiranya semua
orang mempunyai ”fahaman” yg sama...dunia akan lebih aman.
Seperti juga di redford..
Kami terpaksa beratur panjang utk masuk ke dalam... Walaupun cuaca panas terik
membahang.. Pelancong pelancong tempatan,etap setiap menunggu di barisan
panjang.
Memandangkan kesuntukan mada
kami hanya sempat berkunjung ke muzeum ( itu pun sekali lintas je) lotus temple
smpat bergambar dkt luar saja
Gandhi memorial
Selain tajmahal, ikon india
yg paling di kenali adalah gandhi. Sempat berkunjung ke gandhi memorial
menyusuri sejarah pejuangan negarawan yg di segani itu. Tapi masa tak
banyak...cuaca panas sgt pulak tu...sekadar tengok dalam jengok apa2 yg ada.
India Gate
Ini ala ala tugu negara ....design macam
ciplak tugu kat paris..
Di bina sempena untuk
memperingati askar askar yg terkorban masa perang duni pertama. Di bawah tugu
ini ada ....api marak yg sentiasa menyala...melambangkan semangat askar askar
yg tidak pernah padam. Takde entrance fee kat sini....free je..
Di sepanjang jalan menghala
ke India gate ni ada kompleks2 kerajaan macam mahkamah, ofis presiden (macam
putrajaya ) semasa dalam kerete...tiba tiba radio pasang lagu ”phir bir dil he
Hindustani” memang lagu ni kami hafal..sebab masa tu zaman Bollywood tengah
meletup....Mengelejat la..Pandegee bila tgk kami tau lagu ni! Haha