Saturday 7 April 2012

INDIA: Train from Delhi to Agra


Train From New Delhi- Agra

Walaupun dah sewa kereta khas untuk sepanjang trip…tapi demi nak merasa pengalaman naik train dekat India…kami tempah khas trip perjalanan dari Delhi ke Agra menaiki keretapi…
Perjalanan yg mengambil masa 4 jam ni antara pengalaman  yg PALING BEST dekat India. Haha…serius tiap kali berjalan…mesti teringat adengan kelakar dalam train India. 
Keretapi merupakan pengangkutan yang PALING popular di india...kalo zaman gila filem hindustan dulu....kalo takde adengan dekat stesyen keretapi memang tak sah! Macam tak lengkap filem..haha.

Kuch Kuch Hota Hai


Masih terbayang bayang lagi adengan (Anjali) Kajol melepaskan selendang sewaktu melambai meninggal kan Rahul (shah rukh khan) di steyen keretapi dalam filem Kush Kush Ho Ta Hai...memang air mata mencurah curah macam air paip..bila tengok scene ni.


 Sedutan filem Kush Kush Hota Hai..tgk la..sob..sob







Stesyen Keretapi Hazrat Nizamudin

Aku pun tak pasti ini main train stesyen kat India ke... tapi serius ..Manusia penuh macam ulat taik...dengan kerenah masing masing...yg emak mengengdong anak....si bapak membawa hasil kebun macam akar2 kayu, ubi, rempah, yang bercinta bergesel geselan.. suasana hiruk pikuk dan sangat tidak terkawal..

.kami pula tercangak cangak,mencari platform untuk ke Agra... hairan, tak nampaak pula orang puteh ke atau muka muka pelancong asing kat sini.. biasa nya kalo berjalan, nampak orang putih yang kami gelar sebagai "bench mark" akan ada rasa perasaan lega sikit sebab ada pelancong lain selain kami... huhu
 Video: Stesyen keretapi Delhi.. kami ingat dah terlewat kejar train rupanya....train delay sampai sejam..punya la panic kejar train tadi huhu

banyak gila platform kat sini...menghala ke seluruh pelusuk india.
Tiket kami di gembar gemburkan sebagai tiket 1st class- ”air con” ”air con” bak kata pandejee...tapi setiap gerapak keretapi yang lalu, tidak menapakkan ciri ciri "1st class" yang seperti mana di gembar gemburkan.... terpikir jugak..kalau aircon tapi penuh orang dengan bau kepam..baik la bukak tingkap..kasi hangin satu gerabak.




Dalam rail keretapi ni macam tong sampah....suka hati la nak buang lampin anak ke....nasi bungkus ke...botol air..plastik sampah. Lepas tu...diorang akan melintas rail keretapi ni sesuka hati...pihak penguasa pun sekadar pandang dari jauh...tak larat nak tegur lagi.


Akhirnya setelah berejam jam menunggu....train kami pun tiba... setelah confirmkan dengan orang tempatan....kami pun naik terus dengan penuh yakin...


bila sampai kat dalam tempat sit kami, tengok...tempat duduk penuh...nak suruh orang bangun takut pulak..nanti kena ketuk dengan orang ramai kat situ..maklum la..ada kat negeri orang, nak tunjuk samseng..susah pulak.huhu






 tgk list name dalam train...macam tgk result exam pulak

Cubicle..

Aku panggil tempat duduk dalam train ni macam cubicle...setiap satu cubicle, sepatutnya menempatkan 4-6 org sahaja..yg berkongsi cubicle dengan kami adalah satu family dari mumbai yg melawat saudara di New delhi.. Family ni complete dengan mak, bapak, atok nenek, mak ngah, kak chik....haha semua himpit sekali dalam satu cubicle! Dengan kami sekali..tapi family ni peramah jugak...pandai cakap english...boleh la borak sikit sikit..sambil puji anak anak dia comel hihih.... mintak kebenaran family ni nak bergambar...semua exited pulak...amik posisi, betulkan rambut dan sari..macam nak amik gambar raya pulak.


Mak ngah riba kak chik, bapak meriba along, mak dukung angah, pak lang macam macho..berdiri kat koridor la... bagi sit tu dekat kami..
 masa ni baby...duduk lepak atas dengan nenek..klakar...tak jatuh plak budak ni
Nenek duduk mana??? Nenek duduk kat ATAS!! Tempat letak luggage atas bas tu!! Nenek kurus kering baring kat atas tu!! Cuba korang bayangkan!!

 Terbaikkk!! berposing dengan Pak Ngah India
Macam org malaysia jugak..kalo berjalan jauh mesti prepare betul2 kan....satu satu..bekal makanan di buka...ada pisang, papadom...yg best nyer....nasi campur air di ramas , genggam lumat lumat dengan gengeman mak, sambil terkeluar keluar nasi-air kat celah celah jari...lalu du suap ke mulut anak. Sedap kan! Yum...yum..

pemandangan di sepanjang jalan tak nampak menrik sangat..cermin tu pun sangat kotor, jadi tak clear pun..ada la sekali sekala nampak kampung kampung tepi jalan..dengan lembu kambing semua.

perjalanan selama 3 jam lebih.....tak la jauh sangat.....dan kami pun tiba di bandar ke 2

AGRA~



 Stesyen Keretapi Agra

Next: Namaste Taj Mahal




No comments:

Post a Comment