Tuesday 3 April 2012

MALAYSIA : Pulau Sibuan

MALAYSIA : Pulau Sibuan

     Ok, rasa nya update pasal pulau Semporna ni mcam lagi best dari update tempat2 yang penah aku pi... aku ni ala ala pro-Semporna la walaupun kekadang menyumpah jugak dgn perangai patient2 Semporna ni.. tp sabo jerk la, nama pun menumpang idop tempat org, so trima jerk la... Nasib pulau kau cantik, kalau tak lama dah aku cabot dari tempat ni...=p

     Nak crita la pulak pasal Pulau Sibuan, antara pulau yang tercantik la kat Semporna ni  ( Selain top rank Pulau Bohey Dulang ) yang penah aku pi. Pulau ni mmg terkenal pun dikalangan Diver sebelum terkenal nye Pulau Sipadan lagi... bagi aku, kalau pertandingan Ratu Pulau Semporna, Pulau Sibuan layak la dapat ke-hormatan untuk meng-host kan event ni, sbb SANGAT CANTIK... Pulau ni tak popular la among tourist yg mahu ke Pulau semporna, tapi popular among Diver sbb diving spot sini, bak kata Diver .."MANTOP, MELETOP"...


      Pulau Sibuan termasuk dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran Sabah Park, so sesiapa yang nak pegi pulau ni, macam biasa la protokolnya, kena tulis surat kebenaran jugak dari Sabah Park. terletak 30mins boat ride dari pekan Semporna, Pulau ni antara pulau yang berpenghuni iaitu penghuni nya,macam biasa la native sini, Bajau Laut. Dari jauh dah nampak rumah2 org Bajau ni. Rumah asas jerk la, basic, ala ala atap rumbia... 

     
       Sesiapa yang tak biasa dgn Semporna dan org2 nya, first time jejak ke pulau ni dan melihat perkampungan Bajau ni akan rasa takot la. turun jerk dari bot, mata setiap penghuni pulau ni akan tajam melihat anda. tapi, dorang ok jek, if tegor, mereka peramah... just keadaan comot dan jelingan manja dorang tu mula2 akan buat kita kurang selesa. tp, seriusly, dorang xkacau org, baik jer, and peramah.... bak kata org sini, "Dilayan bha kalau ko!".... tapi pepandai la kan, if nak tangkap gambar tu, jgn la sesedap rase jerk snap! snap! snap!, tau la pemandangan sini mmg sgt cantik and excited nak snap! snap! snap! tapi mntak izin dulu la bha dari tuan punya badan.. huuhuhu



          Oh ya! Jangan lupa tuk daftarka diri anda di booth Sabah Park di kawasan kampung di Pulau ni. tulis nama and i.c jerk, tuk rekod, mana la tau if jadi ape ape ke.... Palis-palis! ( mcm nauzubillah la tp dlm bhsa tempatan).. if booth tu xder org, pegi jerk kem askar yang berdekatan, atleast inform tuk tujuan keselamatan.

         Pulau Sibuan ni, memang perfect jugak la tuk aktiviti piknik, sbb ada kawasan redop. Tapi hati2 la bila bukak makanan anda tu, budak budak Bajau Laut ni akan berkerumun tgk anda makan. Biasala bha, dok laut, susah makan, tp if korang baik hati, bagi la skit, tapi jgn la bg time korang makan tu, bagi time nak balik bagi mengelakkan anda diterjah... Standard la kan, pikir logik.... tapi bila pikir balik, kesian jugak tgk drg ni, umah panas, skolah xpegi, kecik2 dah blajar cari maknan sendiri. if korang bernasib baik, boleh la join dorang pi cari hasil laut time air surut dorang dok cari ape tah, rumpai laut ker, ketam ke, boleh la join..ala ala menteri mesra rakyat..mana tau, if nasib badan diajak lunch dirumah dorang...  huuu

Budak pkai slaur kuning tu, kesian plak aku tgk, bagi jerk la makanan yang aku bawak sblum balik..... Kadang2 dorang pandai mintak duit jugak, tp cakap jerk xda, if ada chewing gm, bagi chewing gum, dorang gembira jerk dapat benda tu...




Bersama anak jati Pulau Sibuan
       Mostly aktiviti kat sini Divingla tuk Diver, tp if xdive, stakat piknik, lawat2 pulau ni, tangkap2 gambar ok jer. boleh juak mandi n snokeling kepada sesiapa yang gigih tu la panas2 tu.... xper, bia hitam terbakar, asal puas ati, dapat enjoy Pulau Sibuan...


Overall rate Pulau Sibuan : 5 Bintang la!! kompom!!!!




by ;





















3 comments:

  1. Bro..

    mu gune program apa edit pic ni...bertindih cam unik jer..nk try pasni

    ReplyDelete
  2. Pulau sibuan mng best.... 5 bintang jg...

    ReplyDelete
  3. Nak try dive dkt sini lg laa 😁

    ReplyDelete