Wednesday 11 April 2012

JAPAN : Tokyo, what to cover? PART 1

JAPAN : Tokyo, what to cover?

     Bandar Tokyo sgt la besar dan byk nak boleh tgk and cover. Tapi memandangkan kami ada masa yang singkat di Tokyo, jadi ni adalah short list apa yang wajib / best tuk pegi di Tokyo la. Sesiapa yang mempunyai masa yang singkat di Tokyo, boleh la ikot list ni, konsep stakat cecah kaki....

    Seperti biasa,bekalan tuna memang dah sedia dalam beg. memandangkan jepun ni mahal sgt barang makan nye, tuna la menjadi teman setia. Pepagi dah bangun, bersiap tuk pastikan dapat cover sebanyak mungkin bandar Tokyo memandangkan kami ada 2 hari jerk sini.


Apa nak cover di Tokyo ???

SENSOJI TEMPLE : 
    Kami stay di area Asakusa, jadi cover Asakusa  dula la.. Asakusa ni konon old Tokyo la.ala ala zaman Edo dulu.  Semua old building area2 ni. Tak pack mcm central Tokyo, even hostel yang murah2 pun are ni. Benda famous tuk cecah area ni adalah Sensoji Temple.


Fakta : Ni adalah Buddha temple yang paling lama di area Tokyo.Pernah dibom time WWII dah dibaikpulih. Berdekatan pintu masuk temple ni adalah tempat shopping area tuk barang sourvenir jepun dan ada jugak ancient garden yang berdekatan .spot tuk amik gambar la...


NAKAMISE MARKET :


Fakta : Terletak di area Asakusa berhadapan dgn gate nak masuk Sensoji temple. Tempat ni mmg khas la tuk sourvenir barang2 jepun. TApi harga kemain mahal lagi. Standart keychain bodoh2 pun nak dekat RM20, Ketuk giler! Tapi banyak choice la. tgk budah2 tadika jepun dtgsini bershopiing buka main lagi, penuh se-beg keychain, tapi ktorg tk xmampu nak beli satu pun,mahal kemain...if nak gambar cantik, gerakla awal pi tempat ni, kalau tak kemain penuh lagi org kat area ni bershopping mcam ulat taik, nak amek gambar pun susah. 

TOKYO TOWER:

  Dibina pada tahun 1958, sebuah menara tinjau dan komunikasi. Tower ni adalah tower kedua tertinggi di Jepun  dan mengambil inspirasi bentuk Effiel tower di Paris. Tower ni lagi tinggi dari tower paris beberapa meter dan lagi ringan berbanding effiel tower ( bangga org jepun dpt kalahkan teknologi stainless steel org perancis), Tower ni bertukar2 warna diwaktu mlm mengikut musi.. gerand sgt! Memandangkan ktorg ni tak der la hadap sgt nak naik tower ni, so xder la review baper Rm nak naik tower ni.... mcm tak penting kot nak naik, byk lagi twer free kat tokyo ni nak cover yang boleh tgk pemandangan bandar Tokyo. 



AKIHABARA : 
   Area ni adalah area electronik & manga city tuk Jepun. Macam2 la mak segala nenek barang2 elektrik jepun yang pelik2 yang dijual kat sini. Dari laptop nye, camera,computer, mp3, t.v, semua la segala manika bagai dijual. Pening, canggih sgt. huhu.. kat sini gak if bernasib baik boleh jumpe dak dak pompua comel2 pkai baju ala-ala manga. boleh tangka gambo dgn dorang tp mintak izin dulu la.. kekadang ader yang baget2 hot tu, xkasi, konon hot padahal gigi bersepah,bertindih siap..geram aku.. huuhu...




SHIBUYA : 
   Area ni ala-ala New York Times Sq la di Tokyo dan antara tempat paling buzy di Jepun. Yempat ni mmg heaven shopping esp kepada kaki kaki suping dan kaki fesyen. Tempat wajib tuk tgk kat area ni adalah shibuya crossing yang menjadi trademark tuk tokyo. Tips nya, if nak tgk live ke-buzi-an shibuya zebra crossing nya adalah dari view starbucks. dari strabucks, boleh tgk betapa ramai nya org di Tokyo melintas di crossing ni. mmg dashat la, mcm semut... huuu


  Shibuya ni tempat senan cari makan jugak. kat area sini, senang cari makanan halal since bnyak jerk pak pak arab yang bukak kedai halal kat area ni. yang menjadi tempat favourite aku adalah kedai kebab pak arab turki yang mcm setiap malam dok pegi shibuya ni tuk makan kebab dier. Nama kedai tak ingat, tapi landmark nya, kedai ni terletak betol2depan bangunan kedai H&M. seberang jalan H&M tu boleh la jumpe kedai kebab pak arab ni..... 

Standart harga kebab dalam 500Yen la (RM20)... ok la..antara makanan halal paling murah di Tokyo yang dijumpai...


SHINJUKU :


 Shinjuku adalah major commercial and administrative centre di Tokyo. Mostly bangunan pejabat-pejabat dan hotel2 meway (eg : Hilton Tokyo ) je banyak di area ni. Walaubagaimana pun tempat ni wajib cover jugak. Sbb kat sini ada beberapa building yang boleh naik free sampai ke puncak tuk tgk view Tokyo city dari atas bangunan pejabat ni. Antara nya ialah Tokyo Metropolitan Goverment Building.



   Sampai jerk di area Sinjuku, turs cari building ngope ini... dia ada dua menara. boleh naik dua dua, tp ada time dier la. Standart procedure, bratur dan di-cek beg, trus naik lif naik smp atas dan melihat keindahan bandar tokyo for FREE!!! ada jugak buiding gov lain yang menyediakan perkhidmatan percuma ni, tp building ni antara yang highly rekomen la... benda free, jgn ditolak, lagi lagi di Jepun, yang semua bnda pun mahal~!! huuu

Day and Night view dari Tokyo Metropolitan Gov Building.





TOKYO SKY TREE
  Juga dikenali sbg New Tokyo Tower. Terletak di area Asakusa dan akan dibuka pada May 2012. Bakal menjdi tallest tower dalam dunia ni mengalahkan Canton tower di China. tujuan org Jepun dok bina new tower ni relay tuk signal t.v and radio di Tokyo memandangkan Tokyo Tower yang lama terlalu pendek tuk dapat signal yang clear sbb udah di-overshadow oleh bangunan yang tinggi2 di sekeliling tokyo tower lama tu. Tower ni anti-gempa bumi gak la. ada earthquake damper dlm buiding ni mcm 101 taipei tower.. grand sgt.. huhu







abes Tokyo Part I , bersambung nnt Part II.................




by : 
















3 comments:

  1. Galak tui berjalan...hahaha

    Photo dah cantik dah..tulisan tu plak cacatkannya.. :P

    jangan mareeee

    ReplyDelete
  2. ada terfikir nak g tokyo soon. tp tak sempat lagi nak plan... interesting tempat ni, tp mahal.

    ReplyDelete
  3. bro....syoknya g jepun...
    ada apa apa tips lain x?
    sbb sy akan kesana minggu depan..

    ReplyDelete