Friday 23 March 2012

INDIA : Golden Triangle


India-golden triangle


Kami tiba di lapangan antarabangsa New delhi pada pukul 8.30 pm…seperti mana yang telah di jadualkan….penerbangan selama 6 jam di habiskan dengan membaca travel guide di saat saat akhir sambil menyusun itenarary yang ingin di cover dalam perjalanan singkat kali ini…

Ketibaan..

 mengikut pusingan jam 1. kerol at tandas airport...grand sangat! 2. deco at airport 3. landing time~


Tiba di lapangan antarabangsa New delhi… memberi gambaran dan perspeksi baik kepada Negara ini…lapangan terbang yg baru di bina sempena sukan Komenwel 2 tahun lalu ini antara yang paling unik pernah di kunjungi dengan hiasan dalaman yang memberi penekanan kepada keunikan budaya di India.

Trip kali ini..kami telah mengupah seorang driver khusus untuk perjalanan sepanjang 6 hari di India. Memperkenalkan..Pilot kami~ mr. Pandijee.

Mr Pandejee.. Pilot kami sepanjang percutian di India.


Tiba di lorong lorong sempit dan gelap di Old delhi…tiba tiba mr pandijee cakap kita dah sampai di Hotel.. kami ingat dia buat lawak saja..sebab kiri kanan gelap gelita..takde tanda menunjukkkan ada hotel atau rumah tumpangan di kawasan sekitar. Kami tanya balik….betul ke tempat ni…dan dia hanya gelak dan terus keluar dari teksi..membuka bonet dan mengangkat beg beg kami…jantung berdegup kencang macam nak kena Ventricular Tachycardia…entah entah…masuk je dalam lorong gelap tu..konco conco mr pandijee dan menunggu dengan parang…


mengikut pusingan jam 1.Bilik kami di New delhi..cukup la sekadar nak melelap mata. 2. pemandangan dari tingkap bilik 3 .fir at lorong. 4. lorong di sepanjang rumah tumpangan kami. 




Selepas berjalan menyusuri lorong lorong gelap…dengan anjing, manusia dan lembu berkeliaran..akhirnya kami tiba di tempat penginapan kami..Smile Guest House…smile la sangat~
malam masih muda, kami keluar sebentar untuk menikmati Old Delhi di waktu malam kononnya… mata mata liar di bahu jalan..memerhatikan kami…2 pelancong yang nampak seperti sangat senang nak kena KETUK.. rasa tak selamat pula nak berjalan jauh, di tempat yang terlalu asing…dengan kejutan budaya melampau..kami decide untuk balik saja dan berehat dibilik..










JONAH 1
Dah sampai bilik..biasa la nak menge-caj apa yang patut, kamera, handphone…cari cari tak jumpa…demn…habis punggah satu beg and celah celah katil…x jumpa jugak. Macam macam hipotesis bermain dalam kepala..

  1. kena copek masa jalan lorong2 gelap
  2. tertinggal dalam teksi
  3. tercicir masa jalan kat lorong
  4. haiiiizz..macam macam la.

Rasa down, iphone baru guna beberapa bulan dah hilang hari pertama di india..mesti spoil seluruh percutian....

Tido dengan sedey

Keesokan harinya...
Mr pandijee dah tunggu tersenyum...dengan iphone aku di tangan kanan nya..

Nasib baik!! Tapi insiden ni membuktikan driver ni memang seorang yg jujur...aku rasa kalo kat malaysia..dah lama lesap.

2 comments: