Friday 23 March 2012

MALAYSIA :Pulau Bohey Dulang

Pulau Bohey Dulang , Semporna

    Kerja di Sabah ni tau tau jerk la..berjalan jerk keje.. every weekend mesti ader tempat nak jalan. Memandangkan aku ni keje kat Semporna, alang2 kena "campak" , aku pun amik kesempatan ni la nak round sebanyak mana pulau yang ader di Semporna ni... menurut Pak Bajau Pak Bajau sini, ader lebih kurang 40++ pulau kat area Semporna ni... ye ke? byk nyer! so, nama pun galak jalan , aku nekad tuk cover semua pulau2 ni sebelum aku apply balik Semenanjung. Gulp!!

      La ni, aku nak citer pasal Pulau Bohey Dulang. Pulau ni dari pekan Semporna boleh nampak la.. bentuk macam org baring ( ala ala Tasik Dayang Bunting la) . Bohey tu dalam bahasa bajau = air, dulang tu , dulang la kot.. sebab panggil camtu?? sbb pulau ni kalau view dari atas bukit yang ada di pulau ni,akan nampak mcm air dalam dulang..ye ke??? aku dgr citer la... xtau la btol tak maksud pulau ni... 


View dari puncak bukit pulau... 


   Sesiapa yang bercadang nak ke pulau ni, sebelum bertolak, pastikan anda meminta kebenaran untuk masuk ke pulau ini dengan pihak Sabah Park, cawangan Semporna. kena tulis surat bagai minta kebenaran nak masuk pulau kalau tak kirim salam jerk la..nak cecah air kat pulau ni pun tak dpt okay  kalo xder surat. agak leceh la procedure nye memandang kan pulau in under Taman Taman Sabah. tp worth the effort. pecaya la.

    Perjalanan dari Jeti Semporna ke pulau ni dalam 30-40 mins la. So,  dalam bot tu ada la masa lagi nak sapu sapu, tempek-tempek cream yang berkenaan untuk mengelakkan diri dari hangus terbakar. Pham2 jerk la...kalau pi pulau ni confirm akan hitam lagi lagi kat Semporna ni, tempat paling panas pulak tu dalam Sabah ni...
     Sampi-sampai jer di pulau,pastikan korang mendaftarkan diri di pejabat sabah park di pulau tu bersama dengan surat kebenaran memasuki pulau. Seorang ranger Sabah park akan dilantik untuk membawa anda ronda - ronda pulau. 

Apa yang ada di Pulau Bohey Dulang ????
   
    Standart la kan, pi pulau semporna ni, mesti la nak diving / snokeling. Tapi selain itu, pulau ni agak unik. Pulau ni ada bukit yang tinggi dan korang boleh panjat bukit tu ke puncak dan menikmati pemandangan yang SANGAT INDAH!!!!!!! sangat berbaloi keluar peluh bagai sampai basah spender, mmg gerenti lu la..lawa gila view dari puncak bukit pulau ni..

Dari jeti ke puncak.....


   Aktiviti memanjat bukit dari jeti mengambil masa dalam 40mins la... yang fit tu boleh la buat dlm 20 mins. Kena ready dgn kasut yang sesuai la, kalo tak licin susah lagi nak panjat.Pendakian akan diiringi oleh Abg Ranger, sbb tu kena tulis surat siap2 sebelum nak panjat bukit ni... 




   Pas ambik2 gambar atas puncak bukit, galak melompat bagai, turun la ke jeti tuk mandi manda n snokeling. air yang sgt biru mmg melambai lambai suda di area jeti. syiiok la tuk mandi2. Bagi aku, dalam banyak2 pulau yang pernah aku pergi di Sabah ni (stakat ni dah cover 15 pulau), pulau ni paling SUPERB la ( 2nd rank  : Pulau Sibuan..next entry) ... So sesape yang datang Semporna tu, aku rekomen la pi pulau ni, lagi pun pulau ni jarang org pegi esp orang luar la sbb asyik tertipu dgn iklan Pulau Mabul, Pulau Sipadan jer yangterpampang megah di kawasan airport Tawau... melainkan korang nak diving la... View pulau ni, sumpah Vavavooom!!!




by : 



8 comments:

  1. tidak rugi kalau dapat naik...sangat berbaloi walaupun panat...

    ReplyDelete
  2. hi...korang kasi alasan apa untuk masuk ke pulau tuh? bole share tak cost tuk masuk ke pulau tuh?

    ReplyDelete
  3. yup tul tu....sila kongsi skit details...tq

    ReplyDelete
  4. contact ni..
    www.facebook.com/cuticutimabul

    ReplyDelete