Japan Disney sea???
Ramai yg tak pernah dengarkan pasal disney sea....kalau disney land tu memang
la dah popular...terutamanya Disney land Tokyo yang merupakan Disneyland Asia
yang pertama di rantau ini. Berkunjung ke Disneyland merupakan impian semua
kanak kanak di muka bumi ini....dulu pun,masa aku kecik kecik, tiap kali orang
tanya tempat mana yang ingin di kunjungi, terus laju akau memberi jawapan
“DISNEYLAND”
Disneyland Vs
Disneysea
Sebelum pergi ke
Jepun lagi kita orang dah di dalam dilema sama ada nak pegi Disneyland atau
Disneysea...ada peruntukan sehari je utk Disneysea/disneyland...takkan la gi
Jepun gambar dekat taman tema je kan..memandangkan Disneysea merupakan satu
satunya “disneysea” di dunia...dan eksklusif di Jepun sahaja..dan sebab dah
pernah pegi Disneyland kat Hongkong....jadi kami pun sebulat suara ..memilih
DISNEY SEA!
Disneysea
Perbezaan
disneysea...adalah konsep taman tema ni lebih berunsur character2 kat laut dan
lebih berunsur adventure la konon nya berbanding disneyland... (nama pun
SEA=laut kan) . Konsep dan permainan kat
situ lebih “dewasa” dengan permainan permainan yg lebih mencabar gitu.
Lepas tu..kalo
kat Disney sea ni tak berapa banyak sangat la sesi bertemu charactor
Disney....jarang la nak nak nampak Mickey, Donald Duck tertongek tonggek kat DS
ni....sesi bergambar tergedik gedik dengan Minie Mouse pun kurang...ada la
sekali dua nampak chimpmunk berdedai dedai...tu pun penuh kena kerumun dengan
minah minah Jepun. Melambai je la dari jauh~
Harga tiket sama
je...lebih kurang RM 250 hinggit.....(standard la..mana2 Disney lang ghege
lebih kurang macam ni. Lokasi dia....sama je...sebelah sebelah je...turun
stesyen yg sama...bila dah sampai...pilih la entrance mana yg nak. (kan senang
kalo boleh masuk dua dua!)
Fakta menarik
DISNEYSEA
1.Di buka pada 4
september 2001 tahun lepas dorg celebrate ulang tahun ke 10
2. taman tema ke
5 paling banyak di lawati di dunia
3. kos pembinaan
USD 4 billion!
4. taman tema
terpantas mencecah 10 juta pengunjung
5. merupakan satu
satunya taman tema “disney” yg tidak di miliki oleh The Walt Disney Company
6. Konsep asal di
cedok dari taman Tema dekat California-DisneySeas (tapi tak jadi buat sebab tak
cukup budget)
Pagi pagi...dah
siap , macam biasa....buat sandwich...pack pack masuk dalam beg..berlari ke
stesyen. Kitaorang pegi hari Jumaat.. (konon nya tak ramai orang la hari
weekdays) tapi.....hakikatnya....ado!
Sampai sampai
je...sebenarnya dah agak lambat...orang dah berduyun duyun beratur...(dalam hati
menyumpah), orang Jepun ni tak pernah pegi ke? tak payah pegi sekolah ke?? Kita
ni datang beribu ribu KM merentas lautan semata mata nk pegi Disneysea..korang
nak menyempit juga..huhu
Tiket dari
stesyen utama ke disneyland/sea entrance ...dengan perjalanan tak sampai 5 minit
berharga 20 ringgit! Gulp...mahal gila kan. Padahal...castle Disnyland dah
nampak..dari stesyen tu..baling batu pun sampai,terkena kat crown Princess!
Petanda
buruk....lautan manusia dengan pelbagai ragam....masing masing dengan props
topi, baju mickey bagai...orang Jepun
bab Fesyen Bombastik memang No 1...dari jauh nampak cantik, comel bukan
main...tp dari dekat muka berjagat
Dalam beg penuh
dengan stok sandwitch tuna n daging rendang...berdebar kalo beg kena check dan
makanan di rampas! Macam biasa...makanan..bulut bulut...masuk hujung hujung
dalam beg. Fuuhhhhh..nasib baik terlepas! Yeah..
Masuk masuk
je...ada pancaragam dengan chimpunk berjoget joget! Terus exited! Wohooo~~
Masuk dalam pukul
10 pagi..macam biasa, pasang strategi....susun nak aim tengok show dan main
mana yg nampak grand...
Dengan manusia
berduyun2 macam ni tak mungkin dapat naik semua ride and tengok show....so just
plan naik/ tgk show yg perlu sahaja.
mengikut arah pusingan jam: 1, Volcano 2. Chimpmunk melambai lambai~ 3. Logo sambutan 10 tahun disneysea
Mula2....pitu
masuk terus jumpa Mediterranean Harbor, yang menghubungkan kita dengan 6 tema
lagi, iaitu : American Waterfront, Lost River Delta, Port Discovery,
Mermaid Lagoon, Arabian Coast dan Mysterious Island. Main highlight kat
Disney sea adalah gunung berapi...berhadapan dengan tasik.. sekali sekala…akan
kedengaran, gunung berapi meletup kebabooomm. Siap dengan lahar lahar meleleh
dan asap berkepul. Grand sangat!
Ini adalah list tema dan permainan/attaraction yg ada..
(yang ada bintang..adalah ride yg sempat kami naik)
Mediterranen
Harbor
Venetian Gondola
Fortress Explorations
The Legend of Myhtica*
BraviSEAmo
Meet and Smile*
American Waterfront
Big City Vehicles
Tower of Terror*
Big Band Beat*
Over the Waves
Donald's Boat
Builder
Lost River Delta
Indiana
Jones Adventure : Temple
of the Chrystal Skull
DisneySea Steamer
Line
Raging Spirits
Mystic Rythm *
Mystic Rythm *
Port Discovery
StromRider*
DisneySea Electric
Railway
Aquatopia
Mermaid Lagoon
Flouder's Flying
Fish Coaster
Scuttle's Scooters
Ariel's Greeting
Grotto
Mermaid Lagoon
Theatre*
Jumpin' Jellyfish
Blowfish Baloon
Race
The Whirlpool*
Ariel's Playground
Arabian
Coast
Sinbad's Seven
Voyage
Caravan Carousel
The Magic Lamp
Theatre*
Mysterious Island
20,000 Leagues
Under the Sea
Journey to the
Center of the Earth*
Rasanya…bayar tiket mahal2 banyak di habiskan dengan beratur
je….nak naik ride tower of terror contohnya..kena beratur dekat 1-2 jam…beratur
kat luar, dah masuk dalam pun kena beratur lagi!! Pengsan ~
Tower
of Terror
Dalam tower of terror ni ada la..intro cerita pasal game ni.
Towe of terror ni adalah nama hotel kat New York, pada tahun 1912, owner hotel
ini hilang secara misteri …tapi cakap bahasa jepun…buat buat faham je la…konsep
permainan ni sama dgn shuttle space kat Genting …Cuma ada effect gempak sikit
la..konon konon, tengah naik lif dalam bangunan tu..tetiba terlepas
jatuh….menjerit jerit la kami, vocal mengalahkan org2 jepun..haha.
Pastu…sambil jalan ke tema seterusnya…macam biasa la.bergambar snap…snap sana sini…maklum la bukan senang nak sampai!
Big Band Beat
Lepas penat menjerit jerit….masa untuk tengok show pulak…
Show ala ala istana budaya dengan konsep…Hollywood/cabaret…
penyanyi dan penari..kebanyakan nya orang puti. (supaya nampak la international
sikit) ada la celah celah kat belakang belakang muka org asia..
Show ni ada mickey, minie, daisy buat performance. cute!
Storm Rider
Haha…permainan ni buat aku tergelak…bunyi macam gempak…storm
rider! Beratur macam biasa la…panjang jugak.. permainan ni konon nya kita jadi
ahli pasukan memecah angina taufan…sebelum naik, kapten konon nya..bagi la
arahan dan misi pasukan hari ni.
Actually, game ni…macam duduk dalam panggung wayang yg ada
kipas besar…pecik percik air sikit…dengan bunyi meletup letup… animasi nya
macam back dated sikit..zaman skrang org dah guna 3d...rasa macam bodoh je game
ni..haha buang masa.
Perut dah lapat..kami cari pot pot strategic untuk
makan…masing2 dah kebulur…macam ikan tilapia..makan sandwitch. Nyam nyam
Journey to the Center of the Earth*
Konon nya..game ni yg paling best kat Disneysea ni
...basically, naik train/ roller coster dalam gunung berapi tu... kat luar
nampak tak ramai yg beratur…rupa rupanya kat dalam…melingkar lingkar macam ular
sawa 360 degree..orang beratur! Dekat 2 jam jugak beratur nak nain ride ni…
Hasil nya…….drum
roll…..ADO!
Mula mula dah
macam grand...naik lift pegi tingkat atas..dengan props dan sound effect yg
gempak.... rupa rupanya...sekadar naik train...pastu, kat kiri kanan ada robot
makhluk aneh (yang dah berhabuk!) bergerak gerak.. sebelum ride tamat..ada la
monster besar...kasi takut....(pura pura la jerit...aaaa...aaa...aaaa..)...pastu
train tu terus bergerak laju..dan terjun menjunam.. TAMAT. Dalam
hati....haaa??? itu je KERRR??
Bila habis game
ni...dah masuk petang.banyak lagi belum cover... maka berlari la berdedai dedai
ke theme seterusnya.. Lost River Delta
gambar water parade kat Disney sea..aku lebih suka parade kat disneyland...lebih mesra pegunjung
Banyak jugak,
game menarik kat sini...tapi macam biasa..beratur panjang gila...tak sanggup
nak habiskan masa dan melenguhkan lutut dengan beratur lagi...jadi kami buat
keputusan...skip game2 tu...cukup la sekadar amik gambar snapp..snapp dah.
Mystic Rhythms
Show ni aku rasa paling best kat Disneysea…berkonsepkan alam
semula jadi, binatang binatang macam buaya, harimau, rama rama menari
nari..memang aku suka sangat ni! Konsep pun ala ala Puteri Gunung Ledang The
Musikal….ada dewi hutan terbang terbang…memang best! Part akhir ada adengan
hujan dan rebut tu best…ada la terenjis rejis sikit air hujan kat muka.
Dah habis show ni..kat luar dah nak gelap..maka BERLARI lah
menuju ke theme seterusnya.. Arabian
Coast & Mermaid
Lagoon..
Kat Arabia coast pun kami tengok show saja
The Magic Lamp Theatre
Berkonsepkan aladin…tapi cakap jepun…show ni aku terlelap
sekejap, sebab panjang sgt mukadimah nyer (cakap bahasa jepun) persembahan
ni... menggunakan ahli silap mata..macam biasa la…magic yg di gunakan…macam
selalu tunjuk kat sarkas.
Mermaid lagoon…tak sempat buat apa sangat….kat dalam ni
permainan untuk budak budak je…takde ride ride yg mencabar pun..
Persembahan penutup…
Kalo dekat Disneyland…persembahan
bunga api penutup merupakan upacara yg paling di nanti nanti oleh setiap
pengunjung…
Sama jugak di Disney sea…semua orang berhimpun depan tasik
buatan itu…untuk menyaksikan persembaha istimewa sempena ulang tahun ke 10
Disneysea—FANTAMAGIC..
Menggunakan Konsep AIR-CAHAYA-BUNYI…
Persembahan yg mengambil masa 20 minit ni…memang gempak!
Kemuncak persembahan…ada naga keluar (dari filem Sleeping Beauty) siap keluar
api..api dari mulut…dan lepas di musnahkan…keluar lah..bunga api meletup
letup..boomm…kebabomm.
No comments:
Post a Comment