India
day 2
Pandajee akan datang pada pkl 10 pagi utk city tour new delhi... Loser la kan ..kalo pkl 10 baru nk celik mata
terkebil kebil tgk delhi..
Awal awal pagi lagi kami dah bangun nak lihat keaadaan di luar sana.
"matahari dah tinggi atas kepala pun korang tido lagi, menantu tak guna betul la"
Hari sudah terang tetapi manusia ( ..dan lembu dan anjing) masih tido bergelimpangan di luar. Suasana tak ubah seperti bandar tinggalan perang... Bangunan separa runtuh dan terbiar seolah olah pekan yg tidak lagi di huni. Cuaca sudah mula panas.. Tetapi bahang itu tidak mampu mengejutkan manusia manusia di jalanan utk bangun. Kanak kanak bermain berkejaran... mereka memandang kami seperti spesis baru yg di temui atau pun potensi "mangsa" untuk kena tipu..” Ada mata yg memandang dgn penuh simpati ala ala kucing puss in boot. Tp pengalaman di cambodia.. Mengingatkan jangan mulakan.. Sebab sekali kita bagi.. Semua akan serbu... 1 dollar... 1 dollar
Tips: sedekah. Sememang nya kita di galakkan bersedekah. Tetapi buat baik berpada pada.. Jgn
sampai kena copek!
Macam bangunan runtuhan perang kan?
bertanya arah pada Inspector Shahab 'Left right...straight"
Matlamat kami pagi ni nak cover area old delhi
Jabar masjid, chadni
chowk, red ford. Cara yg termudah utk ke sana dengan menaiki train/lrt
Steten lrt/ komuter..
Stesyen ni di kawal ketat oleh pengawal seprti nak lepas kastam/ imigresion.. Sebelum naik, penumpang perlu melalui pengimbas besi/ bom.. Macam kat airport tu. Dasyat kan! Padahal dekat kaunter lrt pun casher nak tipu.. bagi duit balance tak cukup..lepas dah kantoi menipu..buat muka slamber je
Stesyen ni di kawal ketat oleh pengawal seprti nak lepas kastam/ imigresion.. Sebelum naik, penumpang perlu melalui pengimbas besi/ bom.. Macam kat airport tu. Dasyat kan! Padahal dekat kaunter lrt pun casher nak tipu.. bagi duit balance tak cukup..lepas dah kantoi menipu..buat muka slamber je
Tips: jangan lupa
check balance duit betul betul.. ! Memang potensi nak kena tipu ada di mana mana!
Biasa la.. Bila nampak label
label stesyen komuter (mcm kat london oxford street gitu) mesti nak bergambar
kan. Tetiba tgh dok posing posing datang guard dgn cota... " no
kamera.. No kamera"
Dia drg suruh delete
pic.. Ala macam canteekkk sgt stesyen ko.
Tips: no camera/ photography at delhi
train station!
Tiba di stesyen.. Matlamat kami nak ke jama masjid sebab tiap kali
raya.. Mesti kat surat
khabar/tv tunjuk suasana sembahyang
aidilfitri di jama masjid.
Tgh kami tercanguk canguk cr arah ke jama masjid.. Kami di sapa abang
beca.
Setelah sesi tawar menawar yg x seberapa.. Dia bagi 10000 rupee utk
satu trip..
Termasuk jama masjid, red ford, dan spice market...
Termasuk jama masjid, red ford, dan spice market...
Tips: sebelum naik deal harga betul betul kalo tak nanti dia charge
price lain bila dh nak turun.
Best jugak naik beca ni... Laju je sampai..
Nak masuk masjid pun ada entry fee.. Adoi.. Dia charge 1000 rupee utk
jaga kasut.. Kami ada beg.. Nk masuk dlm beg.. Tp dia tak bagi! Pastu setiap
kamera dia nk charge 20000 rupee! Bayang kan
la.. Dpn masjid pun nak ketuk.. . Kami pun bukan bodoh.. " 1 camera
only" sambil simpan lg satu kemera dlm beg... Dah plan nanti senyap senyap
keluarkan je la satu lg kamera.
Tips: sorok satu kamera. tapi dah masuk.. Nmpak line clear boleh bwk keluar. Boleh di praktikkkan kat tmpt lain juga.. Mcm zoo, museum hehe..
Nak masuk masjid kena la tutup auratkan.. Jadi kena sarung kain pelikat.. Aku yg tak pernah2 pki kain pelikat kat mesia.. Pakai pulak kat india... Huhu..
kubah masjid dengan chandeliar....dicelah celah bumbung ada sarang burung
bapa mengajar anak berwuduk
Pastu dia bawak kami gi
spice and flower market.. Memang pekat bau rempah kari kat sini.. Tp nak bawak
balik pun buat apa kan.. Bukan nak masak pun huhu. Bunga bunga yg di jual dekat
sini untuk upacara keagamaan.. Macam bunga melur, bunga taik ayam.. Etc
Redford ni ala ala dataran
merdeka la... Masa hari
sambutan kemerdekaan dorg akan berarak kat depan ni la...
Red ford ini di bina oleh
shah jahan ( org yg sama membina Taj Mahal) siap sepenuhnya pada tahun 1648.
Main entrance Lahore Gate (sebab
menghala ke Lahore paskistan)
Harga Tiket: Rs 10 untuk local tourist dan Rs 250 untuk palancong
asing!! Bayangkan tiket kami boleh cover tiket rombongan satu kampong!
Nak masuk kamera Rs 30
Dibuka setiap hari…tutup hari isnin
Di india ni kalau di
perhatikan, org tempatan memang suka melawat tempat pelancongan di negara
sendiri.. Ye lah entah entah dari goa ke, mumbai, datang dari jauh naik
keretapi beratus ratus kilometer nak melwat new delhi. Untuk pelancong asing di
tempatkan di lorong yg berbeza ( harga tiket pun 25 kali ganda !!) jadi macam
fast lane la..tak payah nak berebut dgn pelancong tempatan.
... Kota ini merupakan
kompleks yg lengkap umpama sebuah pekan kecil yg bertembok.. Di lengkapi dgn kedai kedai ,
masjid, dewan dan lain lain lagi.
Antara major buiding
dalam ni adalah
Chatta chowk
(bazaar) Susana di bahagian entrance red ford tidak ubah seperti kedai kedai di
dalam filem aladin...
Tips: kat dalam ni
ada jual sourvonier seperti beg manik, pasmina, seramik dan lain lain lagi. Harga
amat berpatutan... Boleh beli kat sini.. Sbb tmpt lain belum tentu jumpa.
Muntaz Mahal- Jewel
palace ...ni istana gundik gundik di raja..sekarang di jadikan muzeum
Dhawat Khana
Bangunan yg di bina
pada tahun 1986 ini memiliki senireka yang unik iaitu berbentuk bunga teratai
(36 kelopak).. Sebab
itu la ia di kenali juga sbg lotus temple. Seperti juga taj mahal temple ini
juga di bina dari marble putih.. Oleh itu warna nya juga sentiasa bertukar mengikut latar langit. Fakta yg
agak mengejutkan.... Lotus temple telah memecah rekod Eifel Tower malah Taj
Mahal sendiri sebagai bangunan yg PALING BANYAK DI KUNJUNGI di dunia! Dasyatkan...
Fahaman Baha’ ni pelik sikit..aku pun tak berapa nak faham...dan malas nak faham..nanti terpesong akidah pulak! Tapi konsepnya adalah...”mari kita bergabung di bawah satu bumbung menyembah tuhan masing masing..tanpa sebarang batasan”.
Contohnya...org islam boleh sembahyang kat
sini, org kristian boleh sembahyang...tetapi masing2 kena senyap2 buat hal
masing masing...tak boleh bising2, nyanyi nyanyi.....
fahaman ini terbentuk
setelah pengasasnya merasakan AGAMA yang berbeza merupakan punya utama ketidak
stabilan politik dan sosisal, keamaanan di dunia. Oleh itu sekiranya semua
orang mempunyai ”fahaman” yg sama...dunia akan lebih aman.
Seperti juga di redford..
Kami terpaksa beratur panjang utk masuk ke dalam... Walaupun cuaca panas terik
membahang.. Pelancong pelancong tempatan,etap setiap menunggu di barisan
panjang.
Memandangkan kesuntukan mada
kami hanya sempat berkunjung ke muzeum ( itu pun sekali lintas je) lotus temple
smpat bergambar dkt luar saja
Gandhi memorial
Selain tajmahal, ikon india
yg paling di kenali adalah gandhi. Sempat berkunjung ke gandhi memorial
menyusuri sejarah pejuangan negarawan yg di segani itu. Tapi masa tak
banyak...cuaca panas sgt pulak tu...sekadar tengok dalam jengok apa2 yg ada.
Ini ala ala tugu negara ....design macam
ciplak tugu kat paris..
Di bina sempena untuk
memperingati askar askar yg terkorban masa perang duni pertama. Di bawah tugu
ini ada ....api marak yg sentiasa menyala...melambangkan semangat askar askar
yg tidak pernah padam. Takde entrance fee kat sini....free je..
Di sepanjang jalan menghala
ke India gate ni ada kompleks2 kerajaan macam mahkamah, ofis presiden (macam
putrajaya ) semasa dalam kerete...tiba tiba radio pasang lagu ”phir bir dil he
Hindustani” memang lagu ni kami hafal..sebab masa tu zaman Bollywood tengah
meletup....Mengelejat la..Pandegee bila tgk kami tau lagu ni! Haha
phir bi dil he hindustani