Sri Lanka : The Tear Drop of India
Sepatutnya Galakjalan dah cover Sri Lanka pada bulan May
2013 lagi, tetapi disebabkan syarikat penerbangan tambang ciput kegemaran kami
AIR ASIA telah menutup laluan ke Colombo untuk sementara waktu kerana (?tak
untung), maka pada bulan May yang lalu, kami telah melencong destinasi ke
Hanoi..
Jodoh ke Sri Langka masih ada, laluan ke Colombo di buka
semula dan Galakjalan pun book tiket stat!! wohoo!! Tiket rm450 (promo price
return ticket)
Bendera Sri Lanka bermotifkan Singa (Sinhalese=Singa=lion)
Kenapa Sri Lanka?
·
Destinasi yang jarang di kujungi, jadi
Galakjalan mesti cover dulu!
·
Tempat lain dah cover (mode bongkak)
·
Teringin nak berkunjung ke Adam’s Peak,tempat
yang di percayai turun Nabi Adam A.s di muka bumi. Jabal Rahmah (tempat
pertemuan Adam & Hawa dah cover bulan june 2013)
·
Galakjalan suka kepada destinasi unik terutama
negara yang kaya dengan Sejarah dan tinggalan silam
·
Kos yang murah dan mampu di cover dengan baki
bank yang telah sedia ada ..gulp
·
Senang dapat makanan halal (30% muslim)
Sebelum ke Sri Lanka, seriously Galakjalan membayangkan
keaadaan yang hampir sama dengan India – kotor, sesak, ramai manusia
bergelendangan… tetapi jangkaan Galakjalan ternyata meleleset! Sri Lanka adalah
sebuah negara yang bersih, selamat, teratur dan masyarakat secara umumnya
mempunyai kesedaran sivik yang bagus (tandas bersih, tiada vandalism, kemudahan
awam di jaga, pemanduan cermat)… malah kadang kala lebih baik dari Malaysia
sendiri..
Dalam tempoh 5 hari, Galakjalan dapat cover kebanyakan
tempat wajib “cultural triangle” di Sri Lanka… fuhhh memang penat, tetapi
berpegang konsep, “alang alang dah sampai, mesti COVER SEMUA” perjalanan yang
sepatutnya 7 hari dapat di singkatkan kepada 5 hari.. memang havoc. Omputeh pun
ternganga tengok Melayu bimbo cover sri lanka 5 hari.
kelulusan akan di
terima serta merta!
*Kos e visa USD30 (December 2013)
Di counter imigresen di Colombo airport pun takde banyak masalah..just
tunjukkan e visa yang telah di print..5 minit. Clear!
Kos entrance Fee yang super duper mahal!
Paling tak patut kat Sri lanka ni adalah entrance fee kepada
foreigner yang super duper mahal..terutamanya kepada org Malaysia ni , yang
matawang tu ampai ampai je..takde la berlipat kali ganda macam matawang Queen .
Minimum fee untuk tempat tempat tarikan utama adala 1000
rupee (rm25)…malah nak masuk ke botanical garden pun nak charge 1500 rupee….
Yang paling mahal adalah sigiriya 3900 rupee (30usd) fuhhh mahal gila weh.
Sebelum ini, pelancong dari asia agak kurang… manjority pelancong adalah dari
negara Europe, france, jepun dan England… jadi rate dia pun ikut la pelancong2
dari sana. Menurut buku Insight pocket guide 2004, entrance fee ke sigiriya
hanya 1000 rupee, ini bermakna dalam tempoh 10 tahun, harga nya telah meningkat
berlipat kali ganda.
Galakjalan hanya ada tempoh masa 2 minggu untuk persediaan
ke Sri Lanka, iaitu 2 minggu selepas Galakjalan pulang dari Aceh… ada ketika,
Galakjalan rasa nak amik package je, senang tak payah pening pening.. tetapi
setelah di survey survey, kebanyakan package paling cikai pun lebih kurang
2k++… hmmm mahalnya! Mana nak cari duit wei..! Reference untuk catitan
perjalanan ke Sri langka juga tak begitu banyak, terutamanya catitan perjalanan
untuk tempoh 5 hari. Biasanya omputeh jalan sampai 2 minggu hingga sebulan
untuk negara macam sri lanka…
Reference untuk Galakjalan Sri lanka
Wikitravel (main reference)
wikitravel.org/en/Sri_Lanka
Agoda dan booking.com untuk hotel
Youtube
Traveladvisor forum
www.tripadvisor.com.my
Matawang
Matawang yang di gunakan ialah Sri Lanka rupee
Rm1 = 40 rupee
10 rupee=rm0.25
Jadi, sebelum pergi, tukar duit ringgit ke USD (rupee susah
nak dapat), kemudian di airport baru convert duit USD ke Rupee.
Aku tukar 300 usd…lebih dari cukup utk 5 hari perjalanan.
Dengan 10 rupee: anda boleh membeli 1 vadai
100 rupee: boleh di gunakan untuk perjalanan tuk tuk sehala
1000 rupee: boleh di gunakan untuk entrance fee di
kebanyakan tempat2.
Dalam 5 hari Galakjalan cover
1.
Kandy – pusat kebudayaan di sri lanka
2.
Dambulla- tempat terletaknya Golden temple/Cave
Temple
3.
Sigiriya- Lion rock yang awesome
4.
Nuwara Eliya- kawasan tanah tinggi ala2 cameron
highland
5.
Colombo- ibu negeri
Transport
Transport utama di Sri lanka ialah bus dan tuk tuk…
Bas
Bas milik Gomen di Nuwara Elliya
Stesyen bas di Kandy
cost pengangkutan menggunakan public bas di Sri lanka SANGAT
murah dan efisyen. Perjalanan 3 jam (umpama KL ke penang hanya 100-200 rupee)
tetapi tiada bas ekspress…semuanya bas berhenti berhenti
(ambil dan hentikan penumpang di sepanjang jalan)
kebiasaannya bas sesak dengan penumpang,
walaupun bas Nampak buruk dan berdebu di luar, tetapi di
dalam bersih dan tiada unsur2 vandalisme (macam lapik terkopek2 etc).. bawah
lantai bersih takde tisu, pembalut gula gula
sepanjang penjalanan, akan di hiburkan dengan music Ceylon
yang SANGAT KUAT… lagu lagu ala ala 80-90 an dan penumpang2 memang terhibur
dengan lagu2. Walaupun cuba sumbat telinga dengan lagu Celine Dion, tetapi di
sebabkan speaker bas betul betul di atas kepala, dengan bunyi bass yang
kuat..celine dion nyanyi kuat macam mana pun tetap tak dengar… ada kala,
Galakjalan rasa menyesal giler…kenapa la aku tak cuti, duduk rumah , tido dari
pagi ke petang…. Tapi bila dah lepas azab, rasa puas..
pengalaman tu, memang tak
boleh dapat mana J
tuk tuk di Colombo menggunakan system meter dengan kos 50
rupee per KM manakala di kawasan luar Bandar, lebih kurang 100 rupee per route
untuk destinasi yang dekat dekat (1-3km).. pemandu tuk tuk memang banyak
helah!! Dan telah di ketahui dan di warning dalam kebanyakan forum travel dan
Wikipedia
antara pengalaman cubaan untuk menipu oleh driver tuk tuk ini:
1.
Pemandu tuk tuk bawa ke hotel lain walaupun
telah di beritahu hotel yang telah di book sekian sekian… tujuannya untuk
mendapat komisyen dari pengusaha Hotel.. kuang ajar, aku marah la, sebab menipu
dan buang masa.
2.
Perjalanan 1 km saja tapi tuk tuk tu pusing 4-5
km untuk naik kan meter… nasib baik aku sedar sebab tengok map kat hp….”eh
apesal dia ni berpusing”
Berhati hati, jangan sampai kena tipu!
Aku cuba train dari kandy ke nuwara eliya,
perghh, pemandangan memang superb! Sepanjang perjalanan tak duduk kat seat pun,
duduk dekat pintu keretapi je…menghulurkan lensa snap snap… ala ala journalist
la kan kononnya.
Kertapi bersih… free seat…jauh berbeza dgn
keretapi di India.
Makanan
Tak perlu risau, makanan halal memang
senang dapat di sri lanka. Maggi yg di bawa dari Malaysia, tak makan pun. Nasi
beriani, Nasi Goreng (yes! Ada menu nasi goreng),capati, Pottu (my fav) dan
nasi campur di kedai2 halal… biasanya untuk perjalanan jauh di wakti breakfast
aku amik heavy breakfast sebelum memulakan perjalana…siang aku standby roti dan
beli vadai untuk lapik perut. Dah malam, baru makan dinner puas puas…kenyang,
tido…zzz
Bahasa Inggeris di gunakan secara meluas di
Sri Lanka. Kebanyakan pemandu tuk tuk, pemandu teksi, pelajar, orang awam boleh
berbahasa inggeris. Jadi komunikasi mmg tiada masalah!
Itinerary
Day 1
ColomboÃ
Kandy
Arrival. Colombo to kandy bt bus 140 rupee (rm3.50) (3 hour)
Kandy lake
Kandyan cultural show (500 rupee) rm12.50
Overnight: Charton Kandy Rest Guesthouse (rm 64.42) usd20.00
Dinner 400 rupee (rm10)
Total day 1: rm90.42
Day 2: Kandy- Dambulla-Sigiriya- Kandy
Kandy- Dambulla by bus (110 rupee-rm2.75) 3 hour
Golden/cave temple- 1500 rupee (rm37.50)
Dambulla- Sigiriya by tuk tuk -700 rupee (rm17.50) -
Sigiriya Entrance: 3900 rupee!!! 30 usd (rm100++)
Sirigiya-Dambulla Bus: 40 rupee (rm1)
Dambulla to Kandy ( 110 rupee) rm 2.75
Dinner ( 200+150) rm 9.00
Total day 2: rm 234
Day 3 Kandy- nuwara Eliyya
Kandy temple tooth—dari luar saja coz fee 10usd (rm30) tak
payah kot
Lunch: 350 rupee (rm9)
Kandy-nuwara eliya by train: 400 rupee (rm10) 3 hour
Check in Nuwara eliya Royal Mount hotel Rm90 pernight
Total day 3: rm109
Day 4
Nurwara eliya –Colombo
Hire driver tuk tuk for 1 day 3000 rupee (rm75)
Entrance to Srilangka New Zealand farm (250 rupee) rm 6.25
Beli teh sri langka (300 rupee) rm7.50
Bus to Colombo : 400 rupee (rm10)
Dinner : 300 rupee ( rm7.50)
Tuk tuk from bus station to hotel (600 rupee =rm15)
Hotel silvikris villa 30 usd (rm 90)
Total day 4:rm211
Day 5
Tuk tuk city tour 1 hour 1000 rupee (rm25)
Airport transfer 2000 rupee (rm50)
Sourvinier etc: 3000 rupee (rm75)
Total day 5: rm150
Grand Total : rm 794!!
to be continue....
Kandy!